Gambar-Gambar Lebah Madu

Wednesday, May 31, 2017

MADU merupakan Musuh Kuman yang Paling Digeruni





Anda semua pernah jumpa dengan madu kan? Dulu ada yang ingat ia hanyalah larutan yang mempunyai gula yang tinggi. Berasa manis dan melekit-lekit. Tidak mendatangkan apa-apa manfaat

PEMAHAMAN ANDA SALAH. MADU ADALAH PEMBUNUH BAKTERIA PALING KUAT

Madu merupakan hasil daripada penat lelah lebah yang bertungkus lumus menghasilkannya. Setiap daripada kompaun di dalam madu itu seperti protein imun sehinggalah kepada gula itu sendiri mempunyai kegunaan yang sangat bermanfaat.

Dan telah terbukti daripada zaman purba lagi, madu digunakan untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Dan pada zaman moden ini pula, kita juga menggunakan madu yang telah diproses untuk digunakan melawan jangkitan bakteria di dalam hospital.

Kelebihan madu ini telah diceritakan dalam alquran sejak dahulu lagi Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]


Ya betul. Madu dapat mengubat beberapa jenis penyakit terutamanya yang melibatkan jangkitan kuman.
Saya akan menceritakan 3 cara bagaimana madu mengubati penyakit terutamanya yang melibatkan jangkitan bakteria.

1) Gula dalam madu itu sendiri

Madu mempunyai 17% air. Selain daripada itu, majoritinya gula.
Senang cerita madu adalah larutan gula yang sangat pekat(supersaturated solution). Sebab itu, madu akan menjadi gula pepejal jika dibiarkan di atas meja. Ini disebabkan air yang tersejat drpd madu tersebut membuatkan gula tidak lagi dapat dilarutkan. Secara kimianya, ia sangat kuat menarik air ke dalam larutan madu tersebut. Selain daripada itu, ada 2 jenis gula dalam madu iaitu glukosa dan fruktosa.
Jika kita lihat sifat air, ia boleh bergerak merentasi sel membrane dengan pergerakkan pasif daripada tempat yang mempunyai kepekatan air yang tinggi kepada kepekatan air yang rendah seperti larutan madu yang pekat.

Jika ada bakteria yang termasuk ke dalam madu, air dalam bakteria akan disedut keluar drpd bakteria itu dan masuk ke dalam larutan madu yang pekat. Karakter madu yg unik ini menyebabkan bakteria dan kulat secara teknikalnya menjadi kering dan mati dan menyebabkan madu itu sendiri tidak rosak.

 Gambar sebelah kiri menunjukkan sel bakteria yang mengecut disebabkan kehadiran larutan yang pekat(hypertonic)

2) Lebah merembeskan enzyme glucose oxidase ke dalam madu

Hebatnya ciptaan Allah sehingga mana lebah ini mampu merembeskan enzyme Glucose oxidase yang mampu menguraikan glucose kepada gluconic acid dan juga hydrogen peroxide. Kedua-dua bahan ini sangat kuat dalam merencat pertumbuhan bakteria dan juga membunuhnya.

Jika kita lihat, gluconic acid menyebabkan pH madu menjadi serendah 4 iaitu 1000 kali ganda keasidannya jika nak dibandingkan dgn pH 7. pH serendah 4 ini akan membunuh bakteria yang berada di dalam madu.
Manakala hydrogen peroxide pula mampu membunuh bakteria. Manakan tidak, dalam tubuh badan kita pun terutamanya sel darah putih menggunakan hydrogen peroxide utk membunuh bakteria. Ia merosakkan dinding sel bakteria dan menyebabkan sel itu rosak dan pecah.

pH yang sesuai bagi pembiakkan bakteria adalah drpd 6 ke 8. Jika keadaan terlampau berasid, bakteria akan mati

3) Lebah juga merembeskan antibiotic ke dalamnya.

Beberapa jenis lebah merembeskan satu protein yang bernama bee defensin-1. Bee defensin-1 melindungi lebah daripada beberapa jenis jangkitan bakteria. Ia dihasilkan drpd kalenjar yang sama dgn penghasilan madu. Oleh sebab itu, bee defensin-1 ini pun termasuk ke dalam madu yang bertindak seperti antibiotic.
Dan ada sesetengah madu juga mempunyai satu kompoun yang bernama methylglyoxal dimana ia dijumpai dalam nektar yang dhasilkan oleh sesetengah bunga. Madu yang paling tinggi dengan kompoun methylglyoxal ini adalah madu manuka yang terhasil drpd bunga manuka itu sendiri. Madu manuka sangat bagus sehingga mana madu jenis ini digunakan untuk merawat pesakit di dalam hospital.


 Madu Manuka merupakan salah satu jenis madu yang digunakan dalam perubatan moden. Ia terbukti mampu membunuh bakteria jenis MRSA yang merupakan bakteria yang kuat

Hanya ada beberapa jenis bakteria sahaja yang tidak boleh dibunuh oleh madu. Ia adalah bakteria Clostridium Botulinum yang menyebabkan suatu penyakit yg boleh membawa maut iaitu Botulism. Dalam penyakit ini, toxin daripada bakteria akan memasuki darah dan menyebabkan otot keseluruhan badan tidak boleh berfungsi. Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak mampu bernafas dan boleh menyebabkan kematian.

Madu ini tidak mampu membunuh bakteria tersebut disebabkan pada keadaan yang tidak sesuai untuk hidup, bakteria ini akan menghasilkan spora. Spora bakteria Clostrodium jarang dirosakkan pada keadaan yang ekstrim seperti di dalam madu dan apabila spora ini pergi ke tempat yg sesuai iaitu tempat yg mempunyai air dan nutrien yg mencukupi, spora ini akan berkembang dan menjadi bakteria dewasa yang boleh menghasilkan toxin.

Lebih kurang 10% drpd madu mempunyai spora botulinum. Jika orang dewasa mengambilnya tidak akan menjadi masalah kerana imun sistem kita akan sempat membunuh bakteria tersebut sebelum sempat ia menghasilkan toxin. Tetapi berlainan pula bagi kanak-kanak. Ini disebabkan sistem imun nya yg masih belum matang menyebabkan mereka mudah untuk terkena jangkitan bakteria ini. Sebab itulah, kita menasihati ibubapa untuk tidak memberikan madu kepada anak-anak mereka yang kurang daripada setahun.

 Keadaan bayi yang mengalami Botulism

Sumber : 

1) Copy and paste dari  Root of Science

Thursday, January 2, 2014

Empat remaja sesat mencari kelulut

Empat remaja sesat tujuh jam

PADANG BESAR: Angkara madu kelulut, empat remaja berusia 20 hingga 28 tahun sesat di Hutan Simpan Felda Mata Ayer, dekat Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, tetapi kemudian ditemui tidak bermaya, awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam itu, kesemua mereka yang menetap di Felda berkenaan masuk ke hutan berkenaan bagi mencari madu kelulut yang digunakan bagi membuat ubat di kawasan kira-kira lima kilomerer dari pos kawalan PGA di situ.


"Kawasan berkenaan tiba-tiba menjadi gelap walaupun jam menunjukkan 6 petang sehingga kami gagal mencari jalan yang dilalui sebelum itu.
Foto

"Kami cuba mencari jalan pulang sehingga kira-kira 10 malam. Namun, gagal sebelum mengambil keputusan untuk menunggu di kawasan tebing sungai berdekatan sambil memasang unggun api," katanya.

Menurutnya, kami cuba menghubungi rakan kami bagi memaklumkan perkara berkenaan namun terpakasa mencari kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit.

"Saya kemudian dapat menghubungi rakan dan hanya sempat memberitahu bahawa sesat sebelum bateri telefon habis," katanya.


Menurutnya, mereka kemudian ditemui anggota penyelamat yang menggerakkan operasi mencari mereka sekitar 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Che Man MD Dros, berkata kesemua mereka, Shahar, Zulhelmi Johari, 27, Mohammad FadIl Mohd Akhir, 20, dan Rosharizan Hassan, 20, ditemui dalam keadaan lemah.

"Kesemua mereka diberi air sebelum diberi rawatan kecemasan namun tiada kecederaan dilaporkan dialami mereka.

"Mereka masuk bagi mencari madu kelulut bagibtujuan membuat ubatbdan dipercayai sesat selepas keadaan menjadi gelap lebih awal daripada biasa," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01
Sumber : myMetro (klik disini)

Wednesday, January 1, 2014

Dua Perkara yang bernilai pada Madu


Assalamua'alaikum para pembaca,

Tentu ada dikalangan kita yang suka dan meminati madu,kita sedia maklum bagi orang islam madu adalah makanan yang menjadi kesukaan Nabi kita Muhammad SAW. Tahukah anda terdapat 3 kelebihan yang ada pada madu iatu madu mempunyai sifat -sifat yang berikut:- 
Madu adalah sumber antioksidan yang baik utuk kesihatan
  1. Hygroscopic
    • Madu secara semulajadi adalah bersifat hydroscopic dimana apabila terdedah pada udara, Madu akan menyerap kelembapan (air) di udara. Bagi merawat luka kecil yang terdedah, madu sangat berguna bukan sahaja dapat mengurangkan parut dengan mengekalkan kelembapan pada kulit malah mengalakan pertumbuhan tisu-tisu baru.
    • Sifat madu ini juga menjadikannya sangat sesuai digunakan sebagai bahan kosmetik yang dapat mengekalkan kelembapan pada kulit. 
  2. Madu merupakan Sumber Antioksidan 
    • Madu mengandungi ciri-ciri antioksidan semula jadi yang boleh memhapuskan bahan kimia biologi yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti kanser.  
    • Kajian juga mendapati bahawa mady yang berwarna gelap-warna mempunyai lebih banyak antioksidan berbanding madu berwarna cerah.  
    • Antioksidan dalam  madu bukan sahaja membantu untuk menghapuskan radikal bebas dalam badan, malah turut membekalan nutrien untuk pertumbuhan tisu baru.  
    • Ciri-ciri madu berharga membantu melindungi kulit di bawah matahari dan membantu kulit untuk memberi nafas baru dan kekal muda. Oleh kerana itu, terdapat peningkatan jumlah pengeluar produk penjagaan kulit berasaskan  madu seperti pelindung matahari dan produk pembersihan muka untuk merawat kulit yang rosak atau kering.

Wednesday, February 13, 2013

Kelulut : Sang kecil Pencari Madu

Sang Kelulut: Madu yang dihasilkan mempunyai pelbagai khasiat
Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah:-

MADU 

Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  • Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
  • “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
  • Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
    Sarang Lebah Kelulut yang kaya dengan Propolis
  • Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  • “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  • Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  •  “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011.
  • Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
  • Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300  boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

BEE BREAD 

Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.
  • Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.
  • Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.

Kantung-kantung yang mengandungi Madu dan Bee Bread
PROPOLIS 
  1. Propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.  
  • Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
  • Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
  • “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

Wednesday, January 30, 2013

Jualan Kambing Farel

Salam...

Kepada sesiapa yang ingin dapatkan kambing farel dari Australia untuk akikah,korban atau kenduri-kendara, boleh dapatkan kambing dari saya..kandang kambing saya terletak di bangi lama.

Kepada yang berada di bangi,kajang,dengkil,semenyih,putrajaya,cyberjaya or mana-mana sahaja bolehlh menempah kambing dari saya. Harga yang di tawarkan adalah harga terbaik untuk kambing yang mempunyai mutu yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kambing ini bolehlh mengunjungi blog saya di :-

http://kambingfarel.blogspot.com/

Terima Kasih atas kunjungan anda di blog-blog saya.


Wadi

Tuesday, January 8, 2013

Adakah Madu Anda Asli..???

Setiap pembeli/pengguna madu pastinya akan bertanya kepada penjual adakah madu yang dijual itu asli,. Tahukah anda bagaimana ciri-ciri madu asli itu dapat dikenal pasti...Secara saintifik madu asli dapat dikenal pasti melalui penggunaan alat khas.. Namun, sebagaiman penguna anda tidak mungkin memebeli peralatan khas hanya semata untuk menguji madu asli atau tidak...Disini saya ingin kongsikan cara terbaik untuk mengenalpasti madu samada asli ataupun tidak.

  1. Ambil satu gelas jernih. Isikannya dengan air sejuk.
  2. Kemudian tuangkan madu untuk lihat ketulenannya.

Manakah yang tulen dan tidak? Boleh bezakan?

A -

B -

C -

D -
Credit to izhamwong.blogspot.com

A)         Madu asli dituangkan tidak terus larut malah mendap elok pergi ke dasar gelas.

B & C) Madu yang dicampur dengan manisan. Apabila ada campuran 70% sucrose, tuangan cecair menyebabkan larutan tidak turun dengan elok. Keselerakan berlaku serta-merta. Sirap madu turun ke dasar secara berselerak.

D) 70% sirap gula (sucrose). Kadar selerakan adalah lebih banyak berbanding B & C



Mengenai petua-petua orang tua-tua pula seperti:

1. Semut takkan makan atau hurung madu 
  •  Tidak Benar
  • Semut akan menghurungi semua jenis benda yang manis.
2. Madu berbuih adalah madu tiruan
  • Tidak Benar. 
  • Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak.

3. Gunakan batang mancis
  • Tidak Benar
  • Madu ada mempunyai sedikit kandungan lilin. Maka kemungkinan untuk batang mancis terbakar atau tak terbakar adalah tidak pasti.
4. Masukkan madu dalam peti ais atau tempat sejuk
  • Tidak Benar
  • Madu akan rosak. Akan berlaku pengkristalan dalam madu apabila suhu tempat adalah di bawah 21°C. Ini juga tanda-tanda madu tersebut telah berkurangan kualitinya. Jadi jangan letak madu dalam peti ais.

5. Campurkan madu dengan telur putih.
  • Mungkin betul.
  • Telur putih (yolk) mempunyai albumin. Albumin pula mengandungi air. Madu bersifat higroskopik (hygroscopic) iaitu menyerap air. Jadi apabila albumin bercampur dengan madu, airnya diserap oleh madu. 

Friday, January 4, 2013

Resepi Madu Tiruan

Madu merupakan makanan yang mahal dan sukar untuk diperolehi, walaupun kaedah menternak lebah telah diperkenalkan namun masih terdapat madu-madu tiruan dijual diserata tempat untuk memperolehi keuntungan yang besar semata-mata. 

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi resepi bagaimana menghasilkan madu tiruan pada kos yang murah. Madu tiruan ini tidak mengandungi apa-apa khasiat melainkan kandungan gula yang tinggi. 

Bahan-bahanya:
1. Gula Pasir
2. Air
3. Sedikit perahan jus Lemom/ Teh bunga

Cara Penyediaan:
  1. Gula pasir tanpa air dipanaskan.
  2. Apabila gula ini telah bertukar kepada karamel (berwarna coklat), masukan air mengikut sukatan yang sama dengan gula dan masak gula sehingga pekat.
  3. Perahkan air lemon ke dalam karamel dan kacau perlahan-lahan.

**TIPS::Seperti kita ketahui apabila air gula ini sejuk ia akan menjadi keras. Jadi, bagi  mengelakan air gula ini tidak keras, disinilah air lemon memainkan peranan.  jadilah ia sama sama seperti madu.
Madu asli semut tak hinggap, tapi madu dari gula pasir ini jangan dedahkan, semut buat sarang nanti. Madu asli juga sukar untuk larut dalam air tetapi madu ciplak ini kalau masukan dalam air ia terus larut.
 
Pada masa kini pelbagai bahan ditambah supaya menyerupai ciri-ciri madu lebah asli, untuk dapatkan madu lebah yang betul-betul asli disarankan beli terus dari penternak lebah

Antara Madu Tiruan di Malaysia
Antara Madu Tiruan di Malaysia
  

Thursday, November 22, 2012

Kata-kata Ahli Falsafah

Assalamua'alaikum semua, sudah lama saya tidak "post" tentang faktar-faktar tentang madu, bukan kerana tidak ada info cuma kekangan masa serta kerja harian membataskan saya. Pada kali ini,saya ingin kongsi kata-kata ahli falsafah yang bagus untuk memotivasikan diri...

1. Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan kadar kemarahan yang tulen, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar itu yang sulit. (Aristoteles)

2. Kesakitan membuat Anda berpikir. Pikiran membuat Anda bijaksana. Kebijaksanaan membuat kita terus bertahan dalam hidup. (John Pattrick).

3. Jangan pernah melupakan apa pun yang dikatakan seseorang ketika ia marah, kerana akan seperti itu pulalah perlakuannya pada Anda. (Henry Ward Beecher)

4. Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat. (Winston Chuchill)

5. Bakat terbentuk dalam gelombang kesunyian, watak terbentuk dalam riak besar kehidupan. (Goethe)

6. Secara teori saya meyakini hidup harus dinikmati, tapi kenyataannya justru sebaliknya – Kerana tak semuanya mudah dinikmati. (Charles Lamb)

7. Orang yang menginginkan impiannya menjadi kenyataan, harus menjaga diri agar tidak tertidur. (Richard Wheeler)

8. Bila anda ingin bahagia, buatlah tujuan yang boleh mengendalikan fikiran, melepaskan tenaga, serta mengilhami harapan Anda, (Andrew Carnegie).

9. Kita hanya berfikir ketika kita terperangkap dalam suatu masalah. (John Dewey)

10.Kesalahan orang lain terletak pada mata kita, tetapi kesalahan kita sendiri terletak di punggung kita. (Ruchert)

11.Yang baik bagi orang lain adalah selalu yang betul-betul membahagiakannya. (Aristoteles)

12.Semua yang wujud bersifat rasional dan semua yang rasional bersifat wujud. (Hegel)

13.Sebelum menolong orang lain, saya harus dapat menolong diri sendiri. Sebelum menguatkan orang lain, saya harus mampu menguatkan diri sendiri dahulu. (Petrus Claver)

14.Lebih baik bertempur dan kalah daripada tidak pernah bertempur sama sekali. (Arthur Hugh Clough)

15.Hidup adalah lelucon yang baru saja dimulai. (W.S. Gilbert)

16.Orang yang mampu menggunakan dan menyimpan wang adalah orang yang paling bahagia, kerana ia memiliki kedua kesenangan. (Samuel Johnson)

17.Kebijaksanaan tidak pernah berbohong. (Homer)

18.Tuhan sering mengunjungi kita, tetapi kebanyakan kita sedang tidak ada di rumah. (Joseph Roux)

19.Seorang pendengar yang baik mencoba memahami sepenuhnya apa yang dikatakan orang lain. Pada akhirnya mungkin saja ia sangat tidak setuju, tetapi sebelum ia tidak setuju, ia ingin tahu dulu dengan tepat apa yang tidak disetujuinya. (Kenneth A. Wells)

20.Seorang lelaki sudah setengah jatuh cinta kepada wanita yang sudi mendengarkan bicaranya dengan penuh perhatian. (Brenden Francis)

21.Kebahagian hidup yang sebenarnya adalah hidup dengan rendah hati. (W.M. Thancheray)

22.3x25 Watt ≠ 75 Watt
Sebuah bola lampu berukuran 75 watt kelihatan bersinar lebih terang dibandingkan dengan tiga buah bola lampu 25 Watt yang dinyalakan bersamaan.

23.Dari semua hal, pengetahuan adalah yang paling baik, kerana tidak kena tanggungjawab mahupun tidak dapat dicuri, kerana tidak dapat dibeli, dan tidak dapat dihancurkan. (Hitopadesa)

24.Bila orang mulai dengan kepastian, dia akan berakhir dengan keraguan. Jika orang mulai dengan keraguan, dia akan berakhir dengan kepastian. (Francis Bacon)

25.Cuma sedikit orang yang menginginkan kebebasan, kebanyakan hanya menginginkan seorang tuan yang adil. (Gaius Sallatus Crispus)

26.Tak diinginkan, tak dicintai, tidak diperhatikan, dilupakan orang, itu merupakan derita kelaparan yang hebat, kemiskinan yang lebih besar daripada orang yang tak bisa makan. Kita harus saling merasakan hal itu. (Ibu Teresa)

27.Pengalaman bukan saja yang telah terjadi pada diri Anda. Melainkan apa yang Anda lakukan dengan kejadian yang Anda alami. (Aldous Huxley)

28.Dunia adalah komedi bagi mereka yan memikirkannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya. (Harace Walpole)

29.Saya percaya kata managing berarti memegang burung dara di kepalan tangan. Kalau terlalu kencang ia akan mati. Tapi bila terlalu kendur, bisa terlepas. (Tommy Lasorda)

30 Sejarah manusia merupakan tanah pemakaman dari kebudayaan-kebudayaan yang tinggi, yang rontok kerana mereka tidak mampu melakukan reaksi sukarela yang terencana dan rasional untuk menghadapi tentangan. (Erich Fromm)

31.Kemajuan merupakan kata yang sedap didengar. Tetapi perubahanlah penggeraknya dan perubahan mempunyai banyak musuh. (Robert F. Kennedy)

32.Kita mengajarkan disiplin untuk giat, untuk bekerja, untuk kebaikan, bukan agar anak-anak menjadi taat, pasif, atau penurut. (Maria Montessori)

33.Tugas dan pendidikan ialah mengusahakan agar anak tidak mempunyai tanggapan keliru bahawa kebaikan sama dengan bersikap pasif dan kejahatan sama dengan bersikap aktif. (Maria Montessori)

34.Kemampuan menertibkan keinginan merupakan latar belakang dari watak. (John Locke 1632-1704)

35.Kebahagian dari setiap negara lebih bergantung pada watak penduduknya daripada bentuk pemerintahannya. (Thomas Chandler Haliburton 1796-1865)

36.Menyapu lantai dan mencuci tandas sama mulianya seperti menjadi presiden. (Richard M. Nixon)

37.Jangan pernah membanting pintu, siapa tau kita harus kembali. (Don Herold)

38.Diplomat ialah orang yang selalu ingat pada ulang tahun seorang wanita tetapi tidak pernah ingat berapa umur wanita itu. (Robert Frost)

39.Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang yang paling takut pada perubahan. (Mignon McLaughlin)

40.Kalau manusia beransur menjadi tua, umumnya ia cendrung menentang perubahan, terutama perubahan ke arah pembaikan. (John Steinbeck)

41.Selama hidup saya yang sudah 87 tahun ini, saya telah menyaksikan serentetan revolusi teknologi. Tetapi tidak satu pun diantaranya yang tidak memerlukan watak yang baik atau kemampuan untuk berfikir. (Bernard M. Baruch)

42.Pendidikan mempunyai akar yang pahit, tapi buahnya manis. (Aristoteles)

43.Pendidikan mengembangkan kemampuan, tetapi tidak menciptakannya. (Voltaire)

44.Pendidikan yang baik tidak menjamin pembentukan watak yang baik. (Fonttenelle)

45.Setelah makan, pendidikan merupakan keperluan utama rakyat. (Danton)

46.Kerendahan hati disukai orang-orang terkenal. Namun orang yang bukan apa-apa sulit untuk rendah hati. (Paul Valěry)

47.Berdikari merupakan seni untuk berdiri di atas kaki sendiri namun dipeluk tangan orang lain. (Alex Winter)

48.Sebelum menikah saya mempunyai enam teori tentang bagaimana mendidik anak. Kini saya mempunyai enam anak dan tidak mempunyai teori. (John Wilmot, Earl of Rochester 1647-1680)

49.Kebahagiaan itu seperti batu arang, ia diperoleh sebagai produk sampingan dalam proses pembuatan sesuatu. (Aldous Huxley)

50.Dari pesawat terbang yang saya cintai, saya melihat ilmu pengetahuan yang saya puja memusnahkan kebudayaan, padahal saya mengharapkan ia dimanfaatkan untuk kebudayaan. (Charles A. Lindbergh, Jr.)

51.Harapan adalah tiang yang menongkat dunia. (Pliny the Elder)

52.Alat pemudah kerja yang paling popular sampai saat ini masih tetap suami yang berada. (Joey Adams)

53.Seorang arkeologi merupakan suami yang terbaik yang mampu diperoleh wanita; semakin tua si isteri, semakin besar minat suami terhadapnya. (Agatha Cristie)

54.Saya lebih suka lamunan untuk masa akan datang daripada sejarah masa lalu. (Thomas Jefferson 1743-1826)

55.Jangan memberi nasihat kalau tidak diminta. (Erasmus)

56.Manusia mudah dibohongi oleh orang yang dicintainya. (Molire)

57.Sebelum menulis, belajarlah berfikir dahulu. (Boileau)

58.Orang yang berjiwa cukupan, merasa mampu menulis dengan hebat. Orang yang berjiwa besar merasa mampu menulis cukupan. (La Bruyère)

59.Kemenangan yang paling indah adalah bisa menaklukkan hati sendiri. (La Fontaine)

60.Tidak ada yang selembut dan sekeras hati. (G.C. Lichtenberg)

61.Lebih baik mengerti sedikit daripada salah pengertian. (A. France)

62.Orang memerlukan dua tahun untuk berbicara, tetapi lima puluh tahun untuk belajar tutup mulut. (Ernest Hemingway)

63.Penulis buku jarang intelektual. Intelektual ialah mereka yang berbicara tentang buku yang ditulis orang lain. (Françoise Sagan)

64.Orang yang mencemarkan udara dengan pabriknya dan anak ghetto yang memecahkan kaca etalase gedung menunjukkan hal yang sama. Mereka tidak peduli pada orang lain. (Dhaniel Patrick Moynihan)

65.Mereka yang bermimpi di siang hari akan lebih menyedari bahaya yang luput dari penglihatan mereka yang mimpi di malam hari. (Edgar Allen Poe)

66.”Mulai” adalah kata yang penuh kekuatan. Cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu adalah, “mulai”.Tapi juga menghairankan, pekerjaan apa yang dapat kita selesaikan kalau kita hanya memulainya. (Clifford Warren)

67.Saya tak hanya menggunakan semua kecerdasan yang dimiliki otak tetapi juga yang dapat saya pinjam. (Woodrow Wilson)

68.Yang kalah adalah wujud hukuman atas kegagalan. Pemenang adalah penghargaan atas kesuksesannya. (Bob Gilbert)

69.Bila Anda mengatakan apa yang Anda fikirkan, jangan harap hanya mendengar apa yang Anda sukai. (Malcom S. Forbes)

70.Kesulitan itu ibarat seorang bayi. Hanya bisa berkembang dengan cara merawatnya. (Douglas Jerrold)

Thursday, May 17, 2012

Madu Dari Perspektif Perubatan



Raja segala penawar

Ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'. Apakah rahsia di sebalik cairan kental yang diperoleh daripada lebah ini?
Madu mengandungi pelbagai mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan

PERUBATAN herba dan alternatif kini menjadi kaedah rawatan dan penyembuhan yang semakin dapat diterima dalam dunia moden. Dengan pelbagai kajian saintifik tentang manfaat sesuatu herba atau sumber tradisional, ia menambahkan lagi keyakinan orang ramai tentang penggunaannya.

Madu lebah adalah antara sumber alternatif yang mempunyai seribu satu khasiat istimewa. Malah ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'.

Hakikatnya, madu mempunyai sejarah yang panjang bersama evolusi kehidupan manusia. Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun Sebelum Masihi.Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.

Malah, sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah dalam perubatan amatlah masyhur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa (penawar) kepada manusia.
Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian dan konvensyen terbaru diadakan untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai khasiat di sebalik cairan kental manis yang dihasilkan lebah ini.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.

Madu berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina, jelas Dr. Susan lagi.

Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati, komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria.

Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China.

Pada persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis dapat mengubati pelbagai penyakit.Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2,002 daripada 2,094 pesakitnya sembuh sama sekali.

Berikut adalah manfaat lain madu :
  1.  Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
  2. Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
  3. Boleh menghentikan kesakitan sendi.
  4. Baik untuk sistem pernafasan.
  5. Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
  6. Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
  7. Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.
  8. Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
  9. Menjana pertumbuhan otak.
  10. Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
  11. Digunakan sebagai ubat sakit perut.
  12. Menghilangkan kahak.
  13. Memutih dan menguatkan gigi.

Sumber:-
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_05.htm

Wednesday, May 16, 2012

Kajian Madu Pada Kesihatan


                                  KAJIAN MADU PADA KESIHATAN 

Madu Lebah & Diabetes (Kencing Manis)

Apa itu Kencing Manis atau Diabetes Mellitus (DM)

Kencing Manis ialah satu keadaan di mana badan tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang secukupnya atau badan tidak dapat bertindak balas terhadap insulin dengan sempurna. Insulin berfungsi dalam pengawalan glukosa dalam badan. Dalam DM, paras glukosa akan meningkat yang akan menghasilkan beberapa gejala dan komplikasi.Antara gejala DM ialah kencing banyak, sentiasa dahaga, kekurangan berat badan dan keletihan. DM yang berpanjangan dapat menimbulkan komplikasi-komplikasi seperti masalah mata, buah pinggang dan saraf.

 Madu Lebah

Madu Lebah adalah cairan manis yang dikutip oleh lebah dari bunga dan daun pokok lalu dikumpulkan di sarang mereka. Antara kandungan utama ialah air, fruktosa dan glukosa. Madu juga kaya dengan vitamin dan bahan-bahan anti-oksidan seperti katalase, flavonoids, carotenoid.Madu telah lama digunakan dalam penjagaan kesihatan dan pengubatan penyakit. Oleh kerana madu kaya dengan gula dan Kencing Manis pula penyakit yang berkaitan dengan peningkatan paras gula dalam darah, maka terdapat berbagai pendapat berkenaan dengan penggunaan madu oleh pesakit Kencing Manis. Kajian-kajian saintifik dapat membantu untuk melihat kesab penggunaan madu oleh pesakit kencing manis.


 Indeks Glisemik (GI)

GI adalah satu faktor ukuran kesan peningkatan gula dalam darah oleh makanan. Makanan yang mempunyai GI yang rendah adalah baik untuk pesakit kencing manis. Madu mempunyai GI yang lebih rendah dari makanan karbohidrat seperti nasi putih, roti dan ubi kentang.
Kajian perbandingan kesan peningkatan paras glukos dalam darah pesakit kencing manis menunjukkan peningkatan selepas pengambilan madu adalah lebih rendah dari selepas pengambilan glukosa dan sukrosa.









Madu dan Komplikasi Kencing Manis (DM)

Dalam kajian yang melibatkan tikus yang diaruh menjadi DM, tikus yang diberi madu mempunyai paras agen oksidan yang lebih rendah berbanding dengan tikus yang tidak diberi madu. Ginjal tikus DM yang diberi madu menunjukkan kerosakan yang minima berbanding tikus yang tidak diberi madu.


Kesimpulan

Penggunaan madu oleh pesakit kencing manis dapat membantu pengawalan penyakit dan kemungkinan melambatkan penghasilan komplikasi kencing manis seperti kerosakan saraf, masalah mata dan masalah buah pinggang


Sumber Oleh:-
Dr Mohd Suhaimi bin Ab Wahab (USM)

Madu Lebah & Kesihatan Reproduktif Lelaki

Madu lebah adalah satu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah. ianya dihasilkan dari manisan atau nektar yang dihisap oleh lebah pada bunga-bungaan dan pucuk daun muda. Manisan yang telah dihisap disimpan dalam pundi manisan. Ia kemudiannya disimpan di dalam sarang lebah sehingga matang. Warna dan kandungan madu adalah berbeza mengikut jenis bunga dan pucuk daun pokok yang dihinggap oleh lebah. Secara umumnya, madu mengandungi air, gula seperti glukos dan fruktos, enzim seperti katalase dan glutathione reduktose, zat mineral seperti zat besi, zink dan kalsium, vitamin seperti vitamin A, C, dan E serta antioksidan seperti flavanoid dan asid phenolik.

Penggunaan madu dalam kesihatan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu. Sejak akhir-akhir ini, minat dan kajian mengenai madu ini dalam perubatan telah mendapat perhatian oleh para penyelidik di seluruh dunia termasuklah penyelidik dari universiti tempatan. Penggunaan dan kajian madu dalam pengubatan luka, lecur akibat kebakaran dan infeksi kuman telah dilaporkan. Walaubagaimana pun, kajian mengenai madu ke atas kesihatan reproduktif lelaki amat kurang dilaporkan walaupun terdapat penggunaan madu ini secara tradisional untuk kesihatan reproduktif lelaki di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

Kesihatan reproduktif lelaki selalunya dikaitkan dengan kesuburan lelaki dalam menghasilkan anak atau zuriat. Kesuburan ini adalah bergantung kepada keupayaan seseorang lelaki itu memindahkan spermanya ke dalam organ reproduktif perempuan di mana sperma tersebut berupaya untuk mempersenyawakan telur atau ovum untuk membentuk anak atau zuriat. Perkara ini secara saintifiknya bergantung kepada struktur dan fungsi organ reperoduktif yang normal sama ada pada lelaki atau perempuan. Pada lelaki, organ reproduktif yang penting adalah testis, epididimis, kelenjar prostat, kelenjar vesikel semen dan zakar.

Di India, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Malaha ada yang mengambil madu bersama jus halia atau bawang putih dan telur mentah setiap malam untuk meningkatkan kelakian mereka. Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan "Mead" dan terdapat amalan di kalangan pengantin lelaki dan perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan. Di Malaysia, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah diambil bersama bahan lain seperti telur ayam kampung, bawang merah, rempah ketumbar dan buah kemiri. Ianya dipercayai untuk memekatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar.

Setakat ini masih belum ada laporan kajian saintifik yang dijalankan ke atas pesakit. Walaubagaimana pun kajian ke atas tikus jantan yang normal telah menunjukkan bahawa pemberian madu lebah dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3-4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma. Kajian juga telah dijalankan pada tikus jantan yang juga didedahkan kepada asap rokok. Di dapati pemberian madu lebah dari Malaysia telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan kepada tikus betina dan seterusnya berupaya menghasilkan anak. Selain dari itu, terdapat peningkatan pada paras testoterone dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal. Paras antioksidan di dalam testis tikus tersebut telah meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang. Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksik asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.

Kajian saintifik tersebut yang dilakukan dengan menggunakan model haiwan iaitu tikus didapati menyokong kepercayaan tradisional mengenai kebaikan penggunaan dalam kesihatan reproduktif lelaki. Walaubagaimana pun, kajian ke atas pesakit adalah amat perlu untuk memastikan keberkesanan penggunaan madu ini di samping menentukan dos dan cara pengambilan yang berkesan.


Sumber Oleh:-
Dr. Mahaneem Mohamed (USM)

Monday, May 14, 2012

Pokok Akasia (Acacia Mangium) hasilkan madu

Pokok Akasia merupakan pokok yang berasal dari Australia ini dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan penghasilan kayu dan pulpa yang akan digunakan untuk penghasilan kertas. Pokok Akasia juga menjadi kesukaan ebah madu dan madu yang diperolehi dari pokok ini dikenali sebagai Madu Akasia.

Mungkin ada di kalangan kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pokok ini. Nama Botanic pokok ini adalah Acacia Mangium. Pada awalnya pokok Akasia sebahagian besar digunakan untuk penggunaan pembuatan di kilang kertas. Terdapat banyak hutan ladang telah didirikan khusus untuk pembuatan kertas sehingga pohon yang baru berumur 3 - 5 tahun pun (diameter 15 - 20cm) sudah boleh ditebang. Pada 10 tahun terakhir ini populariti kayu Akasia sebagai bahan asas bagi perabot semakin meningkat sehingga keperluan pokok Akasia dengan umur di atas 5 tahun semakin tinggi.

Pokok
Tinggi pokok boleh mencapai 30 meter dengan diameter hingga 1 meter. Rata - rata diameter yang bisa digunakan untuk membuat perabot minimum 25cm untuk mendapatkan sampel yang baik. Acacia mangium memerlukan 5 - 7 tahun untuk mencapai diameter 30cm.

Warna Kayu
Kayu teras berwarna dari coklat muda hingga coklat tua kehijauan. Kayu Gubal (sapwood) berwarna krim keputihan, sangat jelas dan mudah dibezakan dengan kayu terasnya.

Ketumpatan
Pada level MC 12% ketumpatan sekitar 450 - 600 kg/m3. Bahagian dan jenis tertentu boleh mencapai hingga 800 kg/m3.

Pada zaman kini,kebanyakan tanaman yang digunakan untuk pembangunan hutan ladang di Malaysia adalah jenis Acacia mangium. Selain itu terdapat juga spesies yang digunakan dalam projek pembangunan hutan ladang dari famili yang sama seperti Acacia hybrid. Spesies ini dipilih kerana memiliki ciri - ciri berikut:
  1. Pertumbuhan yang cepat.
  2. Boleh beradaptasi pada tanah-tanah dengan tingkat kesuburan rendah dan keasidan relatif tinggi.
  3. Menghasilkan kayu untuk bahan utama untuk pulpa dan bukan pulpa. Kualiti pulpa A. mangium setara  dengan kualiti pulpa Eucalyptus yang telah banyak digunakan dalam industri pulpa di seantero dunia kini. Kayu A. mangium juga baik untuk bahan kayu pertukangan.
  4. Penanaman A. mangium mudah, mulai dari pengendalian benih, persemaian, sehinggalah kepada penanaman di lapangan.

Sunday, May 13, 2012

Madu Tualang Sama Taraf Dengan Madu Import

MADU secara semula jadi sangat berkhasiat dengan ia mengandungi gula seperti fruktus dan glukos, mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat dan vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.
Oleh kerana inilah madu merupakan satu daripada ramuan penting dalam perubatan tradisional yang diamalkan oleh pelbagai tamadun sejak berkurun-kurun.

Menurut Prof Dr Nor Hayati Othman, Dekan Kajian Sains Klinikal di Universiti Sains Malaysia (USM), Kelantan, keputusan daripada sejumlah 48 kajian menunjukkan Madu Tualang apabila diminum atau disapu pada luka atau lecur di permukaan badan menawarkan pelbagai manfaat perubatan.

"Walaupun kajian ini masih di peringkat awal, keputusan yang menggalakkan ini menunjukkan Madu Tualang mempunyai unsur anti-bakteria dan anti-oksidan yang boleh memperlahankan pertumbuhan sel barah tertentu dan menghalang pembiakan spektrum luas spesis bakteria dan kulat, selain menjadi sumber tenaga segera bagi tubuh," katanya.

Madu merupakan penawar berkesan bagi masalah sistem penghadaman kerana ia menggalakkan kesihatan usus dan buah pinggang. Madu boleh dihadam dengan mudah kerana molikul gulanya yang kompleks mudah ditukar kepada molikul gula yang lebih mudah. Oleh itu, ia tidak merengsa lapisan pengalas sistem penghadaman dan sebaliknya melegakan perut.

Nor Hayati berkata madu merupakan satu keajaiban semula jadi.
"Ia dengan sendiri makanan yang lengkap. Sebagai pengguna madu sejak 25 tahun yang lepas, saya sangat percaya dengan manfaat Madu Tualang," tambah beliau.

"Madu Tualang turut mengandungi beberapa elemen positif yang tidak terdapat pada madu yang diimport," kata beliau. USM merupakan universiti penyelidikan pertama di Malaysia menjalankan penyelidikan menyeluruh akan manfaat kesihatan bagi madu.

Sumber/Rujukan:-

 http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2010/3/1/mstar_manusia_peristiwa/20100301175302&sec=mstar_manusia_peristiwa

Thursday, May 3, 2012

Pengenalan Lebah Madu




Kenali Lebah di Malaysia
Lebah merupakan serangga penghasil madu yang telah lama dikenal manusia. Sejak zaman purba manusia memburu sarang lebah di gua-gua, di pohon kayu dan tempat-tempat lain untuk diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan untuk dunia kesihatan iaitu royal jelly, pollen, bee wax(lilin), propolis dan MADU. Seterusnya manusia mula menternak lebah madu dengan memakai gelodong kayu dan pada masa sekarang dengan sistem haif.

Kawasan Penternakan Lebah Madu di Malaysia


Di Malaysia kawasan penternakan lebah banyak tertumpu di Negeri Sabah dan Johor. Terdapat juga di kawasan yang menjalankan perternakan lebah secara kecil-kecilan seperti di Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

Rajah 1 : Koloni lebah ternak di Borneo Beefarming Center,Sabah


Jenis-Jenis Lebah Madu 

1. Apis Dorsata
Rajah 1: Jenis-Jenis Lebah
Jenis lebah madu yang terkenal adalah Apis Dorsata yang menghasilkan madu hutan ataupun madu tualang. Apis Dorsata adalah lebah liar suka membuat sarang dipohon-pohon pokok yang tinggi seperti pokok Tualang,Pokok Kekabu dan juga Pokok Petai. 

2. Apis Cerana

Lebah kedua yang hidup secara liar dan berasal dari negara kita adalah lebah keran ataupun dikenali juga sebagai lebah lalat atau Apis Cerana. Apis Cerana adalah spesis yang mudah didapati di kebun kelapa dan juga di dusun-dusun buah-buahan. Walaupun lebah ini adalah lebah liar dengan kemajuan teknologi dan kaedah penternakan yang lebih efektif ditemui lebah liar Apis Cerana diboleh diternak mengunakan haif dan mengeluarkan hasil madu.

3. Apis Mellifera

Lebah ketiga yang terdapat di Malaysia ada lebah import iaitu Apis Mellifera yang dapat menghasilkan madu, bee pollen, royal jelly dan propolis dalam jumlah yang cukup tinggi setiap tahunnya. 
Lebah madu jenis Apis mellifera sering disebut lebah madu Italia. Lebah madu ini sangat popular sebagai lebah madu ternakan di Eropah, Amerika, dan Australia. Sekarang hampir semua penternakan lebah di seluruh dunia menternak lebah jenis Apis mellifera kerana mampu menghasilkan madu dengan jumlah yang lebih tinggi.
Rajah 2 : Apis Mellifera
Apis Mellifera ini lebih mudah diternak, sifatnya yang jinak dan mudah beradaptasi dengan lingkungan sehingga lebah jenis ini tidak mudah meninggalkan sarangnya. Penternak biasanya menternak lebah jenis ini mengikuti musim bunga sebagai sumber makanannya dan menghasilkan madu berdasarkan sumber bunga tersebut. 

Kehidupan Lebah Madu

Lebah madu selalu hidup berkoloni, rata-rata setiap koloni terdapat 60-70 ribu lebah dalam satu sarang. Walaupun populasi yang demikian padat, lebah mampu melakukan pekerjaannya secara terencana dan teratur rapi. Suatu koloni lebah umumnya terdiri dari lebah pekerja, pejantan dan ratu. Lebah pekerja boleh dikatakan menjalankan seluruh tugas dalam sarang iaitu membuat sarang, membersihkan sarang, menjaga sarang, memberi makan larva dan ratu lebah, dan yang utama adalah mengumpulkan madu dan bee pollen sebagai sumber makanannya.
1. Ratu Lebah 


Ratu lebah mempunyai tubuh yang lebih besar dan berat 2.8 kali berat lebah pekerja. Setiap koloni lebah hanya ada satu Ratu Lebah jika di dalam satu koloni ada dua ratu lebah maka keduanya akan saling membunuh untuk mendapatkan kedudukan sebagai ratu lebah.
Rajah 3: Seekor Ratu Lebah yang sedang mengeluarkan telur
Ratu lebah bertindak sebagai pemimpin dan menjaga keharmonian lebah dalam satu koloni. Semua lebah dalam satu koloni akan mentaati ratu lebah, kemana pun ratu lebah pergi, maka satu koloni lebah akan mengikutinya. Selain memimpin koloni lebah, ratu lebah mempunyai tanggung awab untuk meneruskan kelangsungan hidup koloni lebah iaitu dengan cara bertelur sepanjang hidupnya. Ratu lebah mampu bertelur 1500-2000 butir setiap hari..
Ratu lebah mempunyai umur yang lebih lama dibandingkan dengan lebah pekerja. Lebah pekerja berumur sekitar 40 hari tetapi ratu lebah sanggup hidup hingga 3-5 tahun atau sekitar 30x lebih lama dari lebah pekerja.
Rahsia ratu lebah berumur lebih lama adalah disebabkan ratu lebah menggunakan Royal Jelly sepanjang hidupnya. Sedangkan lebah pekerja hanya menggunakan royal jelly selama 3 hari pada ketika menjadi larva.

2. Lebah Jantan
Lebah jantan lebih kecil dari ratu lebah tetapi lebih besar dari lebah pekerja. Ciri-ciri yang menonjol adalah matanya yang besar. Mata itu terdiri dari faset yang lebih banyak dari pada faset pada mata lebah pekerja dan ratu lebah.
Lebah jantan tidak mempunyai sesungut penghisap madu dan juga tidak mempunyai kantung pollen dikakinya. Sehingga lebah jantan tidak bertugas mengumpulkan pollen atau madu, lebah jantan hanya membersihkan sarang, menjaga sarang dan tugas ringan lainya. Fungsi utama lebah jantan adalah untuk mengawan dengan Ratu Lebah. 
3. Lebah Pekerja
Lebah pekerja biasa disebut juga sebagai lebah betina, lebah inilah yang memiliki tanggungjawab pekerjaan sepanjang hidupnya.
Ukuran tubuh lebah pekerja lebih kecil daripada ratu lebah dan lebah jantan. Bentuk tubuhnya ramping warnanya hitam kecoklatan dan ekornya mempunyai sengat yang lurus dan berduri. Dengan sengatnya, lebah pekerja dapat melindungi sarangnya dan menyerang siapapun yang mengganggu.
Lebah pekerja mempunyai tanggungjawab pekerjaan yang berbeza mengikut kesesuaian dengan umur lebah pekerja tersebut. Setelah keluar dari kepompong larva, lebah pekerja terus mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan sarang lebah dari kotoran-kotoran, ketika berumur 3-10 hari lebah pekerja ini menghasilkan Royal Jelly yang sangat diperlukan larva lebah dan ratu lebah.
Rajah 4: Lebah Pekerja
Royal jelly yang dihasilkan oleh Lebah muda setelah lebah tersebut menggunakan madu dan bee pollen. Royal jelly dari kelenjar lebah yang berada di sekitar leher lebah tersebut.
Lebah muda ini kemudian bertugas memberi makan larva dan ratu lebah. Perlu diketahui Ratu Lebah menggunakan Royal jelly sepanjang hidupnya.
Setelah lebah pekerja berusia sekitar 3 minggu, lebah tersebut bertugas mencari nektar bunga yang akan diolah menjadi madu dan debunga akan diolah menjadi bee pollen.
Lebah terbang mencari pollen dan madu dengan menghinggapi beribu-ribu bunga yang sedang mekar. Lebah menghisap nektar dengan sesungutnya dan menyimpannya ke dalam kantong madu yang ada didalam tubuhnya.
Untuk memperoleh sekitar 375 gram madu, maka lebah harus berulang-alik sebanyak 75.000 kali untuk mengambil nektar. Untuk jumlah madu yang dikumpulkan sebanyak itu, lebah pekerja menempuh jarak terbang yang setara dengan 4-6 kali mengelilingi bumi. Bayangkan betapa sibuknya sesebuah koloni lebah. Lebah madu boleh mencari nektar sekitar 3 km dari sarangnya.