Kenali Lebah di Malaysia
Lebah merupakan serangga
penghasil madu yang telah lama dikenal manusia. Sejak zaman purba manusia
memburu sarang lebah di gua-gua, di pohon kayu dan tempat-tempat lain untuk
diambil madunya. Lebah juga menghasilkan produk yang yang sangat diperlukan
untuk dunia kesihatan iaitu royal jelly, pollen, bee wax(lilin), propolis dan MADU. Seterusnya manusia mula menternak lebah madu dengan memakai gelodong kayu
dan pada masa sekarang dengan sistem haif.
Kawasan Penternakan Lebah Madu di Malaysia
Di Malaysia kawasan penternakan lebah banyak tertumpu di Negeri
Sabah dan Johor. Terdapat juga di kawasan yang menjalankan perternakan lebah
secara kecil-kecilan seperti di Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Rajah 1 : Koloni lebah ternak di Borneo Beefarming Center,Sabah |
Jenis-Jenis Lebah Madu
1. Apis Dorsata
Rajah 1: Jenis-Jenis Lebah |
Jenis lebah madu yang terkenal adalah Apis Dorsata yang menghasilkan madu hutan ataupun madu tualang. Apis Dorsata adalah lebah liar suka membuat sarang dipohon-pohon pokok yang tinggi seperti pokok Tualang,Pokok Kekabu dan juga Pokok Petai.
2. Apis Cerana
Lebah kedua yang hidup secara liar dan berasal dari negara kita adalah lebah keran ataupun dikenali juga sebagai lebah lalat atau Apis Cerana. Apis Cerana adalah spesis yang mudah didapati di kebun kelapa dan juga di dusun-dusun buah-buahan. Walaupun lebah ini adalah lebah liar dengan kemajuan teknologi dan kaedah penternakan yang lebih efektif ditemui lebah liar Apis Cerana diboleh diternak mengunakan haif dan mengeluarkan hasil madu.
3. Apis Mellifera
Lebah ketiga yang terdapat di Malaysia ada lebah import iaitu Apis Mellifera yang dapat menghasilkan madu, bee pollen, royal jelly dan
propolis dalam jumlah yang cukup tinggi
setiap tahunnya.
Lebah
madu jenis Apis mellifera sering
disebut lebah madu Italia. Lebah madu ini sangat popular sebagai lebah madu
ternakan di Eropah, Amerika, dan Australia. Sekarang hampir semua penternakan
lebah di seluruh dunia menternak lebah jenis Apis mellifera kerana mampu
menghasilkan madu dengan jumlah yang lebih tinggi.
Rajah 2 : Apis Mellifera |
Apis Mellifera ini lebih mudah diternak, sifatnya
yang jinak dan mudah beradaptasi dengan lingkungan sehingga lebah jenis ini
tidak mudah meninggalkan sarangnya. Penternak biasanya menternak lebah jenis
ini mengikuti musim bunga sebagai sumber makanannya dan menghasilkan madu
berdasarkan sumber bunga tersebut.
Kehidupan Lebah Madu
Kehidupan Lebah Madu
Lebah madu selalu hidup berkoloni, rata-rata setiap koloni terdapat
60-70 ribu lebah dalam satu sarang. Walaupun populasi yang demikian padat,
lebah mampu melakukan pekerjaannya secara terencana dan teratur rapi. Suatu
koloni lebah umumnya terdiri dari lebah pekerja, pejantan dan ratu. Lebah
pekerja boleh dikatakan menjalankan seluruh tugas dalam sarang iaitu membuat
sarang, membersihkan sarang, menjaga sarang, memberi makan larva dan ratu
lebah, dan yang utama adalah mengumpulkan madu dan bee pollen sebagai sumber makanannya.
1. Ratu Lebah
Ratu
lebah mempunyai tubuh yang lebih besar dan berat 2.8 kali berat lebah pekerja.
Setiap koloni lebah hanya ada satu Ratu Lebah jika di dalam satu koloni ada dua
ratu lebah maka keduanya akan saling membunuh untuk mendapatkan kedudukan
sebagai ratu lebah.
Rajah 3: Seekor Ratu Lebah yang sedang mengeluarkan telur |
Ratu
lebah bertindak sebagai pemimpin dan menjaga keharmonian lebah dalam satu
koloni. Semua lebah dalam satu koloni akan mentaati ratu lebah, kemana pun ratu
lebah pergi, maka satu koloni lebah akan mengikutinya. Selain memimpin koloni
lebah, ratu lebah mempunyai tanggung awab untuk meneruskan kelangsungan hidup
koloni lebah iaitu dengan cara bertelur sepanjang hidupnya. Ratu lebah mampu
bertelur 1500-2000 butir setiap hari..
Ratu
lebah mempunyai umur yang lebih lama dibandingkan dengan lebah pekerja. Lebah
pekerja berumur sekitar 40 hari tetapi ratu lebah sanggup hidup hingga 3-5
tahun atau sekitar 30x lebih lama dari lebah pekerja.
Rahsia
ratu lebah berumur lebih lama adalah disebabkan ratu lebah menggunakan Royal
Jelly sepanjang hidupnya. Sedangkan lebah pekerja hanya menggunakan royal jelly
selama 3 hari pada ketika menjadi larva.
2. Lebah Jantan
Lebah
jantan lebih kecil dari ratu lebah tetapi lebih besar dari lebah pekerja.
Ciri-ciri yang menonjol adalah matanya yang besar. Mata itu terdiri dari faset
yang lebih banyak dari pada faset pada mata lebah pekerja dan ratu lebah.
Lebah
jantan tidak mempunyai sesungut penghisap madu dan juga tidak mempunyai kantung
pollen dikakinya. Sehingga lebah jantan tidak bertugas mengumpulkan pollen atau
madu, lebah jantan hanya membersihkan sarang, menjaga sarang dan tugas ringan
lainya. Fungsi utama lebah jantan adalah untuk mengawan dengan Ratu Lebah.
3. Lebah Pekerja
Lebah
pekerja biasa disebut juga sebagai lebah betina, lebah inilah yang memiliki
tanggungjawab pekerjaan sepanjang hidupnya.
Ukuran
tubuh lebah pekerja lebih kecil daripada ratu lebah dan lebah jantan. Bentuk
tubuhnya ramping warnanya hitam kecoklatan dan ekornya mempunyai sengat yang
lurus dan berduri. Dengan sengatnya, lebah pekerja dapat melindungi sarangnya
dan menyerang siapapun yang mengganggu.
Lebah
pekerja mempunyai tanggungjawab pekerjaan yang berbeza mengikut kesesuaian
dengan umur lebah pekerja tersebut. Setelah keluar dari kepompong larva, lebah
pekerja terus mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan sarang lebah dari
kotoran-kotoran, ketika berumur 3-10 hari lebah pekerja ini menghasilkan Royal
Jelly yang sangat diperlukan larva lebah dan ratu lebah.
Rajah 4: Lebah Pekerja |
Royal
jelly yang dihasilkan oleh Lebah muda setelah lebah tersebut menggunakan madu
dan bee pollen. Royal jelly dari kelenjar lebah yang berada di sekitar leher
lebah tersebut.
Lebah
muda ini kemudian bertugas memberi makan larva dan ratu lebah. Perlu diketahui
Ratu Lebah menggunakan Royal jelly sepanjang hidupnya.
Setelah
lebah pekerja berusia sekitar 3 minggu, lebah tersebut bertugas mencari nektar
bunga yang akan diolah menjadi madu dan debunga akan diolah menjadi bee pollen.
Lebah
terbang mencari pollen dan madu dengan menghinggapi beribu-ribu bunga yang
sedang mekar. Lebah menghisap nektar dengan sesungutnya dan menyimpannya ke
dalam kantong madu yang ada didalam tubuhnya.
Untuk
memperoleh sekitar 375 gram madu, maka lebah harus berulang-alik sebanyak
75.000 kali untuk mengambil nektar. Untuk jumlah madu yang dikumpulkan sebanyak
itu, lebah pekerja menempuh jarak terbang yang setara dengan 4-6 kali
mengelilingi bumi. Bayangkan betapa sibuknya sesebuah koloni lebah. Lebah madu
boleh mencari nektar sekitar 3 km dari sarangnya.
No comments:
Post a Comment