Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa nektar dan pollen ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.
Apabila berbicara mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.
Pembahagian Tugas
Dalam sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:
- lebah ratu; lebah betina boleh bertelur
- lebah pekerja; lebah betina tidak boleh bertelur; dan
- lebah jantan.
Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan royal jelly yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat ratu lebah ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih sedikit.
Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik-baik sahaja selepas mengawan.
Rajah 1: Seekor lebah sedang mengutip modu dan pollen
- Lebah madu Afrika (Killer Bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter)
- Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di bahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya
- Lebah menggunakan Matahari sebagai kompas. Walaupun Matahari dilitupi awan, ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit.
- Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia
- Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (kira-kira 20.92 – 24.24 kilometer sejam)
- Lebah mengembara sebanyak 1600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 auns madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu, lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi
- Lebah perlu pergi ke 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu
- Sepanjang tempoh pengeluaran madu, jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja.
- Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40-45,000 ekor lebah.
- Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
- Suhu sarang lebah adalah sekitar 32-35°C (90-95°F)
- Permaisuri lebah mengeluarkan 2000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji sehari. Ini menghasilkan kira-kira 175,000 – 200,000 biji teluar setahun
- Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan
- Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50 – 1000 kuntum bunga sehari, tetapi kadang-kala boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari.
- Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit
- Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimana letaknya nektar dan debunga.
- 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor).
- Lebah mempunyai 4 sayap
- Otak lebah berbentuk bujut dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kemampuan yang luar biasa untuk belajar dan mengingati sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpulkan madu lebah
- Anggaran 1100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut
- Drone adalah lebah jantan yang lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak berkerja. Satu-satunya tugas drone ini adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah.
Rajah 2: Seekor Lebah yang sedang asyik mencari Madu |