Gambar-Gambar Lebah Madu

Khasiat Madu Lebah


Khasiat madu lebah tidak diketahui ramai walaupun sering dibincangkan dalam topik kesihatan semasa. Artikel di laman ini akan menerangkan khasiat madu lebah secara terperinci dari pelbagai aspek. Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita.
Kulit, Rambut dan Mata
  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
 
Sistem Penghadaman
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
 
Sistem Pernafasan dan Kerongkong
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
 
Tenaga Badan
  • Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
  • Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
  • Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak.
 
Gizi Makanan
  • Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan



Komposisi dan kandungan madu

Antara bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam Madu lebah:

Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin B
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata dan membantu proses metabolisma.

Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

Vitamin D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan mormal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mecegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan

Vitamin K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam madu dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.

Madu Lebah Sebagai Bahan Anti Oksidan

Madu lebah dikatakan mempunyai aktiviti antioksidan. Namun secara amnya madu lebah yang lebih pekat warnanya (dark-coloured honey) mempunyai kadar antioksidan yang tinggi (terdapat beberapa pengecualian dalam keadaan tertentu). Bahan antioksidan berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel badan. Radikal bebas ini apabila dibiarkan, akan bertindak ke atas sel-sel sehingga boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan sebahagian daripada sel-sel tersebut bertukar menjadi kanser.