Gambar-Gambar Lebah Madu

Thursday, January 2, 2014

Empat remaja sesat mencari kelulut

Empat remaja sesat tujuh jam

PADANG BESAR: Angkara madu kelulut, empat remaja berusia 20 hingga 28 tahun sesat di Hutan Simpan Felda Mata Ayer, dekat Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, tetapi kemudian ditemui tidak bermaya, awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam itu, kesemua mereka yang menetap di Felda berkenaan masuk ke hutan berkenaan bagi mencari madu kelulut yang digunakan bagi membuat ubat di kawasan kira-kira lima kilomerer dari pos kawalan PGA di situ.


"Kawasan berkenaan tiba-tiba menjadi gelap walaupun jam menunjukkan 6 petang sehingga kami gagal mencari jalan yang dilalui sebelum itu.
Foto

"Kami cuba mencari jalan pulang sehingga kira-kira 10 malam. Namun, gagal sebelum mengambil keputusan untuk menunggu di kawasan tebing sungai berdekatan sambil memasang unggun api," katanya.

Menurutnya, kami cuba menghubungi rakan kami bagi memaklumkan perkara berkenaan namun terpakasa mencari kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit.

"Saya kemudian dapat menghubungi rakan dan hanya sempat memberitahu bahawa sesat sebelum bateri telefon habis," katanya.


Menurutnya, mereka kemudian ditemui anggota penyelamat yang menggerakkan operasi mencari mereka sekitar 12.45 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Che Man MD Dros, berkata kesemua mereka, Shahar, Zulhelmi Johari, 27, Mohammad FadIl Mohd Akhir, 20, dan Rosharizan Hassan, 20, ditemui dalam keadaan lemah.

"Kesemua mereka diberi air sebelum diberi rawatan kecemasan namun tiada kecederaan dilaporkan dialami mereka.

"Mereka masuk bagi mencari madu kelulut bagibtujuan membuat ubatbdan dipercayai sesat selepas keadaan menjadi gelap lebih awal daripada biasa," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/01
Sumber : myMetro (klik disini)

Wednesday, January 1, 2014

Dua Perkara yang bernilai pada Madu


Assalamua'alaikum para pembaca,

Tentu ada dikalangan kita yang suka dan meminati madu,kita sedia maklum bagi orang islam madu adalah makanan yang menjadi kesukaan Nabi kita Muhammad SAW. Tahukah anda terdapat 3 kelebihan yang ada pada madu iatu madu mempunyai sifat -sifat yang berikut:- 
Madu adalah sumber antioksidan yang baik utuk kesihatan
  1. Hygroscopic
    • Madu secara semulajadi adalah bersifat hydroscopic dimana apabila terdedah pada udara, Madu akan menyerap kelembapan (air) di udara. Bagi merawat luka kecil yang terdedah, madu sangat berguna bukan sahaja dapat mengurangkan parut dengan mengekalkan kelembapan pada kulit malah mengalakan pertumbuhan tisu-tisu baru.
    • Sifat madu ini juga menjadikannya sangat sesuai digunakan sebagai bahan kosmetik yang dapat mengekalkan kelembapan pada kulit. 
  2. Madu merupakan Sumber Antioksidan 
    • Madu mengandungi ciri-ciri antioksidan semula jadi yang boleh memhapuskan bahan kimia biologi yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti kanser.  
    • Kajian juga mendapati bahawa mady yang berwarna gelap-warna mempunyai lebih banyak antioksidan berbanding madu berwarna cerah.  
    • Antioksidan dalam  madu bukan sahaja membantu untuk menghapuskan radikal bebas dalam badan, malah turut membekalan nutrien untuk pertumbuhan tisu baru.  
    • Ciri-ciri madu berharga membantu melindungi kulit di bawah matahari dan membantu kulit untuk memberi nafas baru dan kekal muda. Oleh kerana itu, terdapat peningkatan jumlah pengeluar produk penjagaan kulit berasaskan  madu seperti pelindung matahari dan produk pembersihan muka untuk merawat kulit yang rosak atau kering.

Wednesday, February 13, 2013

Kelulut : Sang kecil Pencari Madu

Sang Kelulut: Madu yang dihasilkan mempunyai pelbagai khasiat
Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah:-

MADU 

Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  • Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
  • “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
  • Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
    Sarang Lebah Kelulut yang kaya dengan Propolis
  • Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  • “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  • Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  •  “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011.
  • Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
  • Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300  boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

BEE BREAD 

Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.
  • Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.
  • Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.

Kantung-kantung yang mengandungi Madu dan Bee Bread
PROPOLIS 
  1. Propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.  
  • Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
  • Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
  • “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

Wednesday, January 30, 2013

Jualan Kambing Farel

Salam...

Kepada sesiapa yang ingin dapatkan kambing farel dari Australia untuk akikah,korban atau kenduri-kendara, boleh dapatkan kambing dari saya..kandang kambing saya terletak di bangi lama.

Kepada yang berada di bangi,kajang,dengkil,semenyih,putrajaya,cyberjaya or mana-mana sahaja bolehlh menempah kambing dari saya. Harga yang di tawarkan adalah harga terbaik untuk kambing yang mempunyai mutu yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kambing ini bolehlh mengunjungi blog saya di :-

http://kambingfarel.blogspot.com/

Terima Kasih atas kunjungan anda di blog-blog saya.


Wadi

Tuesday, January 8, 2013

Adakah Madu Anda Asli..???

Setiap pembeli/pengguna madu pastinya akan bertanya kepada penjual adakah madu yang dijual itu asli,. Tahukah anda bagaimana ciri-ciri madu asli itu dapat dikenal pasti...Secara saintifik madu asli dapat dikenal pasti melalui penggunaan alat khas.. Namun, sebagaiman penguna anda tidak mungkin memebeli peralatan khas hanya semata untuk menguji madu asli atau tidak...Disini saya ingin kongsikan cara terbaik untuk mengenalpasti madu samada asli ataupun tidak.

  1. Ambil satu gelas jernih. Isikannya dengan air sejuk.
  2. Kemudian tuangkan madu untuk lihat ketulenannya.

Manakah yang tulen dan tidak? Boleh bezakan?

A -

B -

C -

D -
Credit to izhamwong.blogspot.com

A)         Madu asli dituangkan tidak terus larut malah mendap elok pergi ke dasar gelas.

B & C) Madu yang dicampur dengan manisan. Apabila ada campuran 70% sucrose, tuangan cecair menyebabkan larutan tidak turun dengan elok. Keselerakan berlaku serta-merta. Sirap madu turun ke dasar secara berselerak.

D) 70% sirap gula (sucrose). Kadar selerakan adalah lebih banyak berbanding B & C



Mengenai petua-petua orang tua-tua pula seperti:

1. Semut takkan makan atau hurung madu 
  •  Tidak Benar
  • Semut akan menghurungi semua jenis benda yang manis.
2. Madu berbuih adalah madu tiruan
  • Tidak Benar. 
  • Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak.

3. Gunakan batang mancis
  • Tidak Benar
  • Madu ada mempunyai sedikit kandungan lilin. Maka kemungkinan untuk batang mancis terbakar atau tak terbakar adalah tidak pasti.
4. Masukkan madu dalam peti ais atau tempat sejuk
  • Tidak Benar
  • Madu akan rosak. Akan berlaku pengkristalan dalam madu apabila suhu tempat adalah di bawah 21°C. Ini juga tanda-tanda madu tersebut telah berkurangan kualitinya. Jadi jangan letak madu dalam peti ais.

5. Campurkan madu dengan telur putih.
  • Mungkin betul.
  • Telur putih (yolk) mempunyai albumin. Albumin pula mengandungi air. Madu bersifat higroskopik (hygroscopic) iaitu menyerap air. Jadi apabila albumin bercampur dengan madu, airnya diserap oleh madu. 

Friday, January 4, 2013

Resepi Madu Tiruan

Madu merupakan makanan yang mahal dan sukar untuk diperolehi, walaupun kaedah menternak lebah telah diperkenalkan namun masih terdapat madu-madu tiruan dijual diserata tempat untuk memperolehi keuntungan yang besar semata-mata. 

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi resepi bagaimana menghasilkan madu tiruan pada kos yang murah. Madu tiruan ini tidak mengandungi apa-apa khasiat melainkan kandungan gula yang tinggi. 

Bahan-bahanya:
1. Gula Pasir
2. Air
3. Sedikit perahan jus Lemom/ Teh bunga

Cara Penyediaan:
  1. Gula pasir tanpa air dipanaskan.
  2. Apabila gula ini telah bertukar kepada karamel (berwarna coklat), masukan air mengikut sukatan yang sama dengan gula dan masak gula sehingga pekat.
  3. Perahkan air lemon ke dalam karamel dan kacau perlahan-lahan.

**TIPS::Seperti kita ketahui apabila air gula ini sejuk ia akan menjadi keras. Jadi, bagi  mengelakan air gula ini tidak keras, disinilah air lemon memainkan peranan.  jadilah ia sama sama seperti madu.
Madu asli semut tak hinggap, tapi madu dari gula pasir ini jangan dedahkan, semut buat sarang nanti. Madu asli juga sukar untuk larut dalam air tetapi madu ciplak ini kalau masukan dalam air ia terus larut.
 
Pada masa kini pelbagai bahan ditambah supaya menyerupai ciri-ciri madu lebah asli, untuk dapatkan madu lebah yang betul-betul asli disarankan beli terus dari penternak lebah

Antara Madu Tiruan di Malaysia
Antara Madu Tiruan di Malaysia