Salam...
Kepada sesiapa yang ingin dapatkan kambing farel dari Australia untuk akikah,korban atau kenduri-kendara, boleh dapatkan kambing dari saya..kandang kambing saya terletak di bangi lama.
Kepada yang berada di bangi,kajang,dengkil,semenyih,putrajaya,cyberjaya or mana-mana sahaja bolehlh menempah kambing dari saya. Harga yang di tawarkan adalah harga terbaik untuk kambing yang mempunyai mutu yang terbaik.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kambing ini bolehlh mengunjungi blog saya di :-
http://kambingfarel.blogspot.com/
Terima Kasih atas kunjungan anda di blog-blog saya.
Wadi
Sekadar berkongsi cerita,ilmu serta fakta-fakta berguna berkenaan lebah,madu lebah dan produk-produk madu lebah
Wednesday, January 30, 2013
Tuesday, January 8, 2013
Adakah Madu Anda Asli..???
Setiap pembeli/pengguna madu pastinya akan bertanya kepada penjual adakah madu yang dijual itu asli,. Tahukah anda bagaimana ciri-ciri madu asli itu dapat dikenal pasti...Secara saintifik madu asli dapat dikenal pasti melalui penggunaan alat khas.. Namun, sebagaiman penguna anda tidak mungkin memebeli peralatan khas hanya semata untuk menguji madu asli atau tidak...Disini saya ingin kongsikan cara terbaik untuk mengenalpasti madu samada asli ataupun tidak.
Manakah yang tulen dan tidak? Boleh bezakan?
A -
B -
C -
D -
Credit to izhamwong.blogspot.com
A) Madu asli dituangkan tidak terus larut malah mendap elok pergi ke dasar gelas.
B & C) Madu yang dicampur dengan manisan. Apabila ada campuran 70% sucrose, tuangan cecair menyebabkan larutan tidak turun dengan elok. Keselerakan berlaku serta-merta. Sirap madu turun ke dasar secara berselerak.
D) 70% sirap gula (sucrose). Kadar selerakan adalah lebih banyak berbanding B & C
Mengenai petua-petua orang tua-tua pula seperti:
1. Semut takkan makan atau hurung madu
3. Gunakan batang mancis
5. Campurkan madu dengan telur putih.
- Ambil satu gelas jernih. Isikannya dengan air sejuk.
- Kemudian tuangkan madu untuk lihat ketulenannya.
Manakah yang tulen dan tidak? Boleh bezakan?
A -
B -
C -
D -
Credit to izhamwong.blogspot.com
A) Madu asli dituangkan tidak terus larut malah mendap elok pergi ke dasar gelas.
B & C) Madu yang dicampur dengan manisan. Apabila ada campuran 70% sucrose, tuangan cecair menyebabkan larutan tidak turun dengan elok. Keselerakan berlaku serta-merta. Sirap madu turun ke dasar secara berselerak.
D) 70% sirap gula (sucrose). Kadar selerakan adalah lebih banyak berbanding B & C
Mengenai petua-petua orang tua-tua pula seperti:
1. Semut takkan makan atau hurung madu
- Tidak Benar
- Semut akan menghurungi semua jenis benda yang manis.
- Tidak Benar.
- Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak.
3. Gunakan batang mancis
- Tidak Benar
- Madu ada mempunyai sedikit kandungan lilin. Maka kemungkinan untuk batang mancis terbakar atau tak terbakar adalah tidak pasti.
- Tidak Benar
- Madu akan rosak. Akan berlaku pengkristalan dalam madu apabila suhu tempat adalah di bawah 21°C. Ini juga tanda-tanda madu tersebut telah berkurangan kualitinya. Jadi jangan letak madu dalam peti ais.
5. Campurkan madu dengan telur putih.
- Mungkin betul.
- Telur putih (yolk) mempunyai albumin. Albumin pula mengandungi air. Madu bersifat higroskopik (hygroscopic) iaitu menyerap air. Jadi apabila albumin bercampur dengan madu, airnya diserap oleh madu.
Friday, January 4, 2013
Resepi Madu Tiruan
Madu merupakan makanan yang mahal dan sukar untuk diperolehi, walaupun kaedah menternak lebah telah diperkenalkan namun masih terdapat madu-madu tiruan dijual diserata tempat untuk memperolehi keuntungan yang besar semata-mata.
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi resepi bagaimana menghasilkan madu tiruan pada kos yang murah. Madu tiruan ini tidak mengandungi apa-apa khasiat melainkan kandungan gula yang tinggi.
Bahan-bahanya:
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi resepi bagaimana menghasilkan madu tiruan pada kos yang murah. Madu tiruan ini tidak mengandungi apa-apa khasiat melainkan kandungan gula yang tinggi.
Bahan-bahanya:
1. Gula Pasir
2. Air
3. Sedikit perahan jus Lemom/ Teh bunga
Cara Penyediaan:
- Gula pasir tanpa air dipanaskan.
- Apabila gula ini telah bertukar kepada karamel (berwarna coklat), masukan air mengikut sukatan yang sama dengan gula dan masak gula sehingga pekat.
- Perahkan air lemon ke dalam karamel dan kacau perlahan-lahan.
**TIPS::Seperti
kita ketahui apabila air gula ini sejuk ia akan menjadi keras. Jadi,
bagi mengelakan air gula ini tidak keras, disinilah air lemon memainkan
peranan. jadilah ia sama sama seperti madu.
Madu
asli semut tak hinggap, tapi madu dari gula pasir ini jangan dedahkan,
semut buat sarang nanti. Madu asli juga sukar untuk larut dalam air
tetapi madu ciplak ini kalau masukan dalam air ia terus larut.
Pada masa kini pelbagai bahan ditambah supaya menyerupai ciri-ciri madu lebah asli, untuk dapatkan madu lebah yang betul-betul asli disarankan beli terus dari penternak lebah.
Antara Madu Tiruan di Malaysia |
Subscribe to:
Posts (Atom)