Assalamua'alaikum semua, sudah lama saya tidak "post" tentang faktar-faktar tentang madu, bukan kerana tidak ada info cuma kekangan masa serta kerja harian membataskan saya. Pada kali ini,saya ingin kongsi kata-kata ahli falsafah yang bagus untuk memotivasikan diri...
1. Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan kadar kemarahan yang
tulen, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar
itu yang sulit. (Aristoteles)
2. Kesakitan membuat Anda berpikir.
Pikiran membuat Anda bijaksana. Kebijaksanaan membuat kita terus
bertahan dalam hidup. (John Pattrick).
3. Jangan pernah melupakan
apa pun yang dikatakan seseorang ketika ia marah, kerana akan seperti
itu pulalah perlakuannya pada Anda. (Henry Ward Beecher)
4.
Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu
kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat. (Winston
Chuchill)
5. Bakat terbentuk dalam gelombang kesunyian, watak terbentuk dalam riak besar kehidupan. (Goethe)
6.
Secara teori saya meyakini hidup harus dinikmati, tapi kenyataannya
justru sebaliknya – Kerana tak semuanya mudah dinikmati. (Charles Lamb)
7. Orang yang menginginkan impiannya menjadi kenyataan, harus menjaga diri agar tidak tertidur. (Richard Wheeler)
8.
Bila anda ingin bahagia, buatlah tujuan yang boleh mengendalikan
fikiran, melepaskan tenaga, serta mengilhami harapan Anda, (Andrew
Carnegie).
9. Kita hanya berfikir ketika kita terperangkap dalam suatu masalah. (John Dewey)
10.Kesalahan orang lain terletak pada mata kita, tetapi kesalahan kita sendiri terletak di punggung kita. (Ruchert)
11.Yang baik bagi orang lain adalah selalu yang betul-betul membahagiakannya. (Aristoteles)
12.Semua yang wujud bersifat rasional dan semua yang rasional bersifat wujud. (Hegel)
13.Sebelum
menolong orang lain, saya harus dapat menolong diri sendiri. Sebelum
menguatkan orang lain, saya harus mampu menguatkan diri sendiri dahulu.
(Petrus Claver)
14.Lebih baik bertempur dan kalah daripada tidak pernah bertempur sama sekali. (Arthur Hugh Clough)
15.Hidup adalah lelucon yang baru saja dimulai. (W.S. Gilbert)
16.Orang
yang mampu menggunakan dan menyimpan wang adalah orang yang paling
bahagia, kerana ia memiliki kedua kesenangan. (Samuel Johnson)
17.Kebijaksanaan tidak pernah berbohong. (Homer)
18.Tuhan sering mengunjungi kita, tetapi kebanyakan kita sedang tidak ada di rumah. (Joseph Roux)
19.Seorang
pendengar yang baik mencoba memahami sepenuhnya apa yang dikatakan
orang lain. Pada akhirnya mungkin saja ia sangat tidak setuju, tetapi
sebelum ia tidak setuju, ia ingin tahu dulu dengan tepat apa yang tidak
disetujuinya. (Kenneth A. Wells)
20.Seorang lelaki sudah setengah
jatuh cinta kepada wanita yang sudi mendengarkan bicaranya dengan penuh
perhatian. (Brenden Francis)
21.Kebahagian hidup yang sebenarnya adalah hidup dengan rendah hati. (W.M. Thancheray)
22.3x25 Watt ≠ 75 Watt
Sebuah
bola lampu berukuran 75 watt kelihatan bersinar lebih terang
dibandingkan dengan tiga buah bola lampu 25 Watt yang dinyalakan
bersamaan.
23.Dari semua hal, pengetahuan adalah yang paling
baik, kerana tidak kena tanggungjawab mahupun tidak dapat dicuri, kerana
tidak dapat dibeli, dan tidak dapat dihancurkan. (Hitopadesa)
24.Bila
orang mulai dengan kepastian, dia akan berakhir dengan keraguan. Jika
orang mulai dengan keraguan, dia akan berakhir dengan kepastian.
(Francis Bacon)
25.Cuma sedikit orang yang menginginkan
kebebasan, kebanyakan hanya menginginkan seorang tuan yang adil. (Gaius
Sallatus Crispus)
26.Tak diinginkan, tak dicintai, tidak
diperhatikan, dilupakan orang, itu merupakan derita kelaparan yang
hebat, kemiskinan yang lebih besar daripada orang yang tak bisa makan.
Kita harus saling merasakan hal itu. (Ibu Teresa)
27.Pengalaman
bukan saja yang telah terjadi pada diri Anda. Melainkan apa yang Anda
lakukan dengan kejadian yang Anda alami. (Aldous Huxley)
28.Dunia adalah komedi bagi mereka yan memikirkannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya. (Harace Walpole)
29.Saya
percaya kata managing berarti memegang burung dara di kepalan tangan.
Kalau terlalu kencang ia akan mati. Tapi bila terlalu kendur, bisa
terlepas. (Tommy Lasorda)
30 Sejarah manusia merupakan tanah
pemakaman dari kebudayaan-kebudayaan yang tinggi, yang rontok kerana
mereka tidak mampu melakukan reaksi sukarela yang terencana dan rasional
untuk menghadapi tentangan. (Erich Fromm)
31.Kemajuan merupakan
kata yang sedap didengar. Tetapi perubahanlah penggeraknya dan perubahan
mempunyai banyak musuh. (Robert F. Kennedy)
32.Kita mengajarkan
disiplin untuk giat, untuk bekerja, untuk kebaikan, bukan agar anak-anak
menjadi taat, pasif, atau penurut. (Maria Montessori)
33.Tugas
dan pendidikan ialah mengusahakan agar anak tidak mempunyai tanggapan
keliru bahawa kebaikan sama dengan bersikap pasif dan kejahatan sama
dengan bersikap aktif. (Maria Montessori)
34.Kemampuan menertibkan keinginan merupakan latar belakang dari watak. (John Locke 1632-1704)
35.Kebahagian
dari setiap negara lebih bergantung pada watak penduduknya daripada
bentuk pemerintahannya. (Thomas Chandler Haliburton 1796-1865)
36.Menyapu lantai dan mencuci tandas sama mulianya seperti menjadi presiden. (Richard M. Nixon)
37.Jangan pernah membanting pintu, siapa tau kita harus kembali. (Don Herold)
38.Diplomat
ialah orang yang selalu ingat pada ulang tahun seorang wanita tetapi
tidak pernah ingat berapa umur wanita itu. (Robert Frost)
39.Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang yang paling takut pada perubahan. (Mignon McLaughlin)
40.Kalau
manusia beransur menjadi tua, umumnya ia cendrung menentang perubahan,
terutama perubahan ke arah pembaikan. (John Steinbeck)
41.Selama
hidup saya yang sudah 87 tahun ini, saya telah menyaksikan serentetan
revolusi teknologi. Tetapi tidak satu pun diantaranya yang tidak
memerlukan watak yang baik atau kemampuan untuk berfikir. (Bernard M.
Baruch)
42.Pendidikan mempunyai akar yang pahit, tapi buahnya manis. (Aristoteles)
43.Pendidikan mengembangkan kemampuan, tetapi tidak menciptakannya. (Voltaire)
44.Pendidikan yang baik tidak menjamin pembentukan watak yang baik. (Fonttenelle)
45.Setelah makan, pendidikan merupakan keperluan utama rakyat. (Danton)
46.Kerendahan hati disukai orang-orang terkenal. Namun orang yang bukan apa-apa sulit untuk rendah hati. (Paul Valěry)
47.Berdikari merupakan seni untuk berdiri di atas kaki sendiri namun dipeluk tangan orang lain. (Alex Winter)
48.Sebelum
menikah saya mempunyai enam teori tentang bagaimana mendidik anak. Kini
saya mempunyai enam anak dan tidak mempunyai teori. (John Wilmot, Earl
of Rochester 1647-1680)
49.Kebahagiaan itu seperti batu arang, ia diperoleh sebagai produk sampingan dalam proses pembuatan sesuatu. (Aldous Huxley)
50.Dari
pesawat terbang yang saya cintai, saya melihat ilmu pengetahuan yang
saya puja memusnahkan kebudayaan, padahal saya mengharapkan ia
dimanfaatkan untuk kebudayaan. (Charles A. Lindbergh, Jr.)
51.Harapan adalah tiang yang menongkat dunia. (Pliny the Elder)
52.Alat pemudah kerja yang paling popular sampai saat ini masih tetap suami yang berada. (Joey Adams)
53.Seorang
arkeologi merupakan suami yang terbaik yang mampu diperoleh wanita;
semakin tua si isteri, semakin besar minat suami terhadapnya. (Agatha
Cristie)
54.Saya lebih suka lamunan untuk masa akan datang daripada sejarah masa lalu. (Thomas Jefferson 1743-1826)
55.Jangan memberi nasihat kalau tidak diminta. (Erasmus)
56.Manusia mudah dibohongi oleh orang yang dicintainya. (Molire)
57.Sebelum menulis, belajarlah berfikir dahulu. (Boileau)
58.Orang
yang berjiwa cukupan, merasa mampu menulis dengan hebat. Orang yang
berjiwa besar merasa mampu menulis cukupan. (La Bruyère)
59.Kemenangan yang paling indah adalah bisa menaklukkan hati sendiri. (La Fontaine)
60.Tidak ada yang selembut dan sekeras hati. (G.C. Lichtenberg)
61.Lebih baik mengerti sedikit daripada salah pengertian. (A. France)
62.Orang memerlukan dua tahun untuk berbicara, tetapi lima puluh tahun untuk belajar tutup mulut. (Ernest Hemingway)
63.Penulis
buku jarang intelektual. Intelektual ialah mereka yang berbicara
tentang buku yang ditulis orang lain. (Françoise Sagan)
64.Orang
yang mencemarkan udara dengan pabriknya dan anak ghetto yang memecahkan
kaca etalase gedung menunjukkan hal yang sama. Mereka tidak peduli pada
orang lain. (Dhaniel Patrick Moynihan)
65.Mereka yang bermimpi di
siang hari akan lebih menyedari bahaya yang luput dari penglihatan
mereka yang mimpi di malam hari. (Edgar Allen Poe)
66.”Mulai”
adalah kata yang penuh kekuatan. Cara terbaik untuk menyelesaikan
sesuatu adalah, “mulai”.Tapi juga menghairankan, pekerjaan apa yang
dapat kita selesaikan kalau kita hanya memulainya. (Clifford Warren)
67.Saya tak hanya menggunakan semua kecerdasan yang dimiliki otak tetapi juga yang dapat saya pinjam. (Woodrow Wilson)
68.Yang kalah adalah wujud hukuman atas kegagalan. Pemenang adalah penghargaan atas kesuksesannya. (Bob Gilbert)
69.Bila Anda mengatakan apa yang Anda fikirkan, jangan harap hanya mendengar apa yang Anda sukai. (Malcom S. Forbes)
70.Kesulitan itu ibarat seorang bayi. Hanya bisa berkembang dengan cara merawatnya. (Douglas Jerrold)
Sekadar berkongsi cerita,ilmu serta fakta-fakta berguna berkenaan lebah,madu lebah dan produk-produk madu lebah
Thursday, November 22, 2012
Thursday, May 17, 2012
Madu Dari Perspektif Perubatan
Raja segala penawar
Ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'. Apakah rahsia di sebalik cairan kental yang diperoleh daripada lebah ini?Madu mengandungi pelbagai mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan |
PERUBATAN herba dan alternatif kini menjadi kaedah rawatan dan penyembuhan yang semakin dapat diterima dalam dunia moden. Dengan pelbagai kajian saintifik tentang manfaat sesuatu herba atau sumber tradisional, ia menambahkan lagi keyakinan orang ramai tentang penggunaannya.
Madu lebah adalah antara sumber alternatif yang mempunyai seribu satu khasiat istimewa. Malah ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, 'minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat'.
Hakikatnya, madu mempunyai sejarah yang panjang bersama evolusi kehidupan manusia. Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun Sebelum Masihi.Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.
Malah, sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah dalam perubatan amatlah masyhur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa (penawar) kepada manusia.
Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian dan konvensyen terbaru diadakan untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai khasiat di sebalik cairan kental manis yang dihasilkan lebah ini.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.
Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati, komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria.
Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China.
Pada persidangan tersebut dibincangkan perubatan dengan menggunakan ramuan yang berasal daripada madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, jeli raja, serbuk sari dan propolis dapat mengubati pelbagai penyakit.Sementara seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan, beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, hasilnya, 2,002 daripada 2,094 pesakitnya sembuh sama sekali.
Berikut adalah manfaat lain madu :
- Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
- Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
- Boleh menghentikan kesakitan sendi.
- Baik untuk sistem pernafasan.
- Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
- Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
- Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.
- Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
- Menjana pertumbuhan otak.
- Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
- Digunakan sebagai ubat sakit perut.
- Menghilangkan kahak.
- Memutih dan menguatkan gigi.
Sumber:-
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_05.htm
Wednesday, May 16, 2012
Kajian Madu Pada Kesihatan
KAJIAN
MADU PADA KESIHATAN
Madu
Lebah & Diabetes (Kencing Manis)
Apa itu Kencing Manis
atau Diabetes Mellitus (DM)
Kencing Manis ialah satu keadaan di mana badan tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang secukupnya atau badan tidak dapat bertindak balas terhadap insulin dengan sempurna. Insulin berfungsi dalam pengawalan glukosa dalam badan. Dalam DM, paras glukosa akan meningkat yang akan menghasilkan beberapa gejala dan komplikasi.Antara gejala DM ialah kencing banyak, sentiasa dahaga, kekurangan berat badan dan keletihan. DM yang berpanjangan dapat menimbulkan komplikasi-komplikasi seperti masalah mata, buah pinggang dan saraf.
Madu Lebah
Madu Lebah adalah cairan manis yang dikutip oleh lebah dari bunga dan daun pokok lalu dikumpulkan di sarang mereka. Antara kandungan utama ialah air, fruktosa dan glukosa. Madu juga kaya dengan vitamin dan bahan-bahan anti-oksidan seperti katalase, flavonoids, carotenoid.Madu telah lama digunakan dalam penjagaan kesihatan dan pengubatan penyakit. Oleh kerana madu kaya dengan gula dan Kencing Manis pula penyakit yang berkaitan dengan peningkatan paras gula dalam darah, maka terdapat berbagai pendapat berkenaan dengan penggunaan madu oleh pesakit Kencing Manis. Kajian-kajian saintifik dapat membantu untuk melihat kesab penggunaan madu oleh pesakit kencing manis.
Indeks Glisemik (GI)
GI adalah satu faktor ukuran kesan peningkatan gula dalam darah oleh makanan. Makanan yang mempunyai GI yang rendah adalah baik untuk pesakit kencing manis. Madu mempunyai GI yang lebih rendah dari makanan karbohidrat seperti nasi putih, roti dan ubi kentang.
Kajian perbandingan kesan peningkatan paras glukos dalam darah pesakit kencing manis menunjukkan peningkatan selepas pengambilan madu adalah lebih rendah dari selepas pengambilan glukosa dan sukrosa.
Madu dan Komplikasi Kencing Manis (DM)
Dalam kajian yang melibatkan tikus yang diaruh menjadi DM, tikus yang diberi madu mempunyai paras agen oksidan yang lebih rendah berbanding dengan tikus yang tidak diberi madu. Ginjal tikus DM yang diberi madu menunjukkan kerosakan yang minima berbanding tikus yang tidak diberi madu.
Kesimpulan
Penggunaan madu oleh pesakit kencing manis dapat membantu pengawalan penyakit dan kemungkinan melambatkan penghasilan komplikasi kencing manis seperti kerosakan saraf, masalah mata dan masalah buah pinggang
Sumber Oleh:-
Dr Mohd Suhaimi bin Ab Wahab (USM)
Madu Lebah
& Kesihatan Reproduktif Lelaki
Madu lebah adalah satu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah. ianya
dihasilkan dari manisan atau nektar yang dihisap oleh lebah pada bunga-bungaan
dan pucuk daun muda. Manisan yang telah dihisap disimpan dalam pundi manisan.
Ia kemudiannya disimpan di dalam sarang lebah sehingga matang. Warna dan
kandungan madu adalah berbeza mengikut jenis bunga dan pucuk daun pokok yang
dihinggap oleh lebah. Secara umumnya, madu mengandungi air, gula seperti glukos
dan fruktos, enzim seperti katalase dan glutathione reduktose, zat mineral
seperti zat besi, zink dan kalsium, vitamin seperti vitamin A, C, dan E serta
antioksidan seperti flavanoid dan asid phenolik.
Penggunaan madu dalam kesihatan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu. Sejak akhir-akhir ini, minat dan kajian mengenai madu ini dalam perubatan telah mendapat perhatian oleh para penyelidik di seluruh dunia termasuklah penyelidik dari universiti tempatan. Penggunaan dan kajian madu dalam pengubatan luka, lecur akibat kebakaran dan infeksi kuman telah dilaporkan. Walaubagaimana pun, kajian mengenai madu ke atas kesihatan reproduktif lelaki amat kurang dilaporkan walaupun terdapat penggunaan madu ini secara tradisional untuk kesihatan reproduktif lelaki di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Penggunaan madu dalam kesihatan telah lama diamalkan sejak zaman dahulu. Sejak akhir-akhir ini, minat dan kajian mengenai madu ini dalam perubatan telah mendapat perhatian oleh para penyelidik di seluruh dunia termasuklah penyelidik dari universiti tempatan. Penggunaan dan kajian madu dalam pengubatan luka, lecur akibat kebakaran dan infeksi kuman telah dilaporkan. Walaubagaimana pun, kajian mengenai madu ke atas kesihatan reproduktif lelaki amat kurang dilaporkan walaupun terdapat penggunaan madu ini secara tradisional untuk kesihatan reproduktif lelaki di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Kesihatan reproduktif lelaki selalunya dikaitkan dengan kesuburan lelaki dalam
menghasilkan anak atau zuriat. Kesuburan ini adalah bergantung kepada keupayaan
seseorang lelaki itu memindahkan spermanya ke dalam organ reproduktif perempuan
di mana sperma tersebut berupaya untuk mempersenyawakan telur atau ovum untuk
membentuk anak atau zuriat. Perkara ini secara saintifiknya bergantung kepada
struktur dan fungsi organ reperoduktif yang normal sama ada pada lelaki atau
perempuan. Pada lelaki, organ reproduktif yang penting adalah testis,
epididimis, kelenjar prostat, kelenjar vesikel semen dan zakar.
Di India, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Malaha ada yang mengambil madu bersama jus halia atau bawang putih dan telur mentah setiap malam untuk meningkatkan kelakian mereka. Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan "Mead" dan terdapat amalan di kalangan pengantin lelaki dan perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan. Di Malaysia, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah diambil bersama bahan lain seperti telur ayam kampung, bawang merah, rempah ketumbar dan buah kemiri. Ianya dipercayai untuk memekatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar.
Setakat ini masih belum ada laporan kajian saintifik yang dijalankan ke atas pesakit. Walaubagaimana pun kajian ke atas tikus jantan yang normal telah menunjukkan bahawa pemberian madu lebah dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3-4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma. Kajian juga telah dijalankan pada tikus jantan yang juga didedahkan kepada asap rokok. Di dapati pemberian madu lebah dari Malaysia telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan kepada tikus betina dan seterusnya berupaya menghasilkan anak. Selain dari itu, terdapat peningkatan pada paras testoterone dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal. Paras antioksidan di dalam testis tikus tersebut telah meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang. Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksik asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.
Kajian saintifik tersebut yang dilakukan dengan menggunakan model haiwan iaitu tikus didapati menyokong kepercayaan tradisional mengenai kebaikan penggunaan dalam kesihatan reproduktif lelaki. Walaubagaimana pun, kajian ke atas pesakit adalah amat perlu untuk memastikan keberkesanan penggunaan madu ini di samping menentukan dos dan cara pengambilan yang berkesan.
Di India, terdapat amalan dalam perkahwinan tradisional mereka bahawa pengantin lelaki diberi madu lebah untuk meningkatkan stamina. Malaha ada yang mengambil madu bersama jus halia atau bawang putih dan telur mentah setiap malam untuk meningkatkan kelakian mereka. Di Great Britain, madu diperam menjadi arak yang dinamakan "Mead" dan terdapat amalan di kalangan pengantin lelaki dan perempuan yang mengambil madu dan mead tersebut pada beberapa minggu pertama perkahwinan. Di Malaysia, terdapat amalan tradisional di mana madu lebah diambil bersama bahan lain seperti telur ayam kampung, bawang merah, rempah ketumbar dan buah kemiri. Ianya dipercayai untuk memekatkan air mani, meningkatkan tenaga seksual serta mengelakkan air mani cepat keluar.
Setakat ini masih belum ada laporan kajian saintifik yang dijalankan ke atas pesakit. Walaubagaimana pun kajian ke atas tikus jantan yang normal telah menunjukkan bahawa pemberian madu lebah dari Palestin dan Malaysia masing-masing selama 3-4 minggu telah meningkatkan bilangan sperma. Kajian juga telah dijalankan pada tikus jantan yang juga didedahkan kepada asap rokok. Di dapati pemberian madu lebah dari Malaysia telah meningkatkan peratus tikus jantan yang berupaya untuk memindahkan kepada tikus betina dan seterusnya berupaya menghasilkan anak. Selain dari itu, terdapat peningkatan pada paras testoterone dan bilangan sperma yang dihasilkan serta pengurangan peratus bentuk sperma yang tidak normal. Paras antioksidan di dalam testis tikus tersebut telah meningkat dan kesan toksik ke atas sel pada testis juga berkurang. Ini menunjukkan pemberian madu lebah dapat mengurangkan kesan toksik asap rokok ke atas kesihatan reproduktif tikus jantan.
Kajian saintifik tersebut yang dilakukan dengan menggunakan model haiwan iaitu tikus didapati menyokong kepercayaan tradisional mengenai kebaikan penggunaan dalam kesihatan reproduktif lelaki. Walaubagaimana pun, kajian ke atas pesakit adalah amat perlu untuk memastikan keberkesanan penggunaan madu ini di samping menentukan dos dan cara pengambilan yang berkesan.
Dr. Mahaneem Mohamed (USM)
Subscribe to:
Posts (Atom)