Assalamua'alaikum para pembaca,
Tentu ada dikalangan kita yang suka dan meminati madu,kita sedia maklum bagi orang islam madu adalah makanan yang menjadi kesukaan Nabi kita Muhammad SAW. Tahukah anda terdapat 3 kelebihan yang ada pada madu iatu madu mempunyai sifat -sifat yang berikut:-
Madu adalah sumber antioksidan yang baik utuk kesihatan |
- Hygroscopic
- Madu secara semulajadi adalah bersifat hydroscopic dimana apabila terdedah pada udara, Madu akan menyerap kelembapan (air) di udara. Bagi merawat luka kecil yang terdedah, madu sangat berguna bukan sahaja dapat mengurangkan parut dengan mengekalkan kelembapan pada kulit malah mengalakan pertumbuhan tisu-tisu baru.
- Sifat madu ini juga menjadikannya sangat sesuai digunakan sebagai bahan kosmetik yang dapat mengekalkan kelembapan pada kulit.
- Madu merupakan Sumber Antioksidan
- Madu mengandungi ciri-ciri antioksidan semula jadi yang boleh memhapuskan bahan kimia biologi yang dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti kanser.
- Kajian juga mendapati bahawa mady yang berwarna gelap-warna mempunyai lebih banyak antioksidan berbanding madu berwarna cerah.
- Antioksidan dalam madu bukan sahaja membantu untuk menghapuskan radikal bebas dalam badan, malah turut membekalan nutrien untuk pertumbuhan tisu baru.
- Ciri-ciri madu berharga membantu melindungi kulit di bawah matahari dan membantu kulit untuk memberi nafas baru dan kekal muda. Oleh kerana itu, terdapat peningkatan jumlah pengeluar produk penjagaan kulit berasaskan madu seperti pelindung matahari dan produk pembersihan muka untuk merawat kulit yang rosak atau kering.