Anda semua pernah jumpa dengan madu kan?
Dulu ada yang ingat ia hanyalah larutan yang mempunyai gula yang tinggi.
Berasa manis dan melekit-lekit. Tidak mendatangkan apa-apa manfaat
Madu merupakan hasil daripada penat lelah lebah yang bertungkus lumus menghasilkannya. Setiap daripada kompaun di dalam madu itu seperti protein imun sehinggalah kepada gula itu sendiri mempunyai kegunaan yang sangat bermanfaat.
Dan telah terbukti daripada zaman purba lagi, madu digunakan untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka. Dan pada zaman moden ini pula, kita juga menggunakan madu yang telah diproses untuk digunakan melawan jangkitan bakteria di dalam hospital.
Kelebihan madu ini telah diceritakan dalam alquran sejak dahulu lagi Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69 :
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” [QS. An-Nahl : 69]
Saya akan menceritakan 3 cara bagaimana madu mengubati penyakit terutamanya yang melibatkan jangkitan bakteria.
1) Gula dalam madu itu sendiri
Madu mempunyai 17% air. Selain daripada itu, majoritinya gula.Senang cerita madu adalah larutan gula yang sangat pekat(supersaturated solution). Sebab itu, madu akan menjadi gula pepejal jika dibiarkan di atas meja. Ini disebabkan air yang tersejat drpd madu tersebut membuatkan gula tidak lagi dapat dilarutkan. Secara kimianya, ia sangat kuat menarik air ke dalam larutan madu tersebut. Selain daripada itu, ada 2 jenis gula dalam madu iaitu glukosa dan fruktosa.
Jika kita lihat sifat air, ia boleh bergerak merentasi sel membrane dengan pergerakkan pasif daripada tempat yang mempunyai kepekatan air yang tinggi kepada kepekatan air yang rendah seperti larutan madu yang pekat.
Jika ada bakteria yang termasuk ke dalam madu, air dalam bakteria akan disedut keluar drpd bakteria itu dan masuk ke dalam larutan madu yang pekat. Karakter madu yg unik ini menyebabkan bakteria dan kulat secara teknikalnya menjadi kering dan mati dan menyebabkan madu itu sendiri tidak rosak.
Gambar sebelah kiri menunjukkan sel bakteria yang mengecut disebabkan kehadiran larutan yang pekat(hypertonic)
2) Lebah merembeskan enzyme glucose oxidase ke dalam madu
Hebatnya ciptaan Allah sehingga mana lebah ini mampu merembeskan enzyme Glucose oxidase yang mampu menguraikan glucose kepada gluconic acid dan juga hydrogen peroxide. Kedua-dua bahan ini sangat kuat dalam merencat pertumbuhan bakteria dan juga membunuhnya.Jika kita lihat, gluconic acid menyebabkan pH madu menjadi serendah 4 iaitu 1000 kali ganda keasidannya jika nak dibandingkan dgn pH 7. pH serendah 4 ini akan membunuh bakteria yang berada di dalam madu.
Manakala hydrogen peroxide pula mampu membunuh bakteria. Manakan tidak, dalam tubuh badan kita pun terutamanya sel darah putih menggunakan hydrogen peroxide utk membunuh bakteria. Ia merosakkan dinding sel bakteria dan menyebabkan sel itu rosak dan pecah.
pH yang sesuai bagi pembiakkan bakteria adalah drpd 6 ke 8. Jika keadaan terlampau berasid, bakteria akan mati
3) Lebah juga merembeskan antibiotic ke dalamnya.
Beberapa jenis lebah merembeskan satu protein yang bernama bee defensin-1. Bee defensin-1 melindungi lebah daripada beberapa jenis jangkitan bakteria. Ia dihasilkan drpd kalenjar yang sama dgn penghasilan madu. Oleh sebab itu, bee defensin-1 ini pun termasuk ke dalam madu yang bertindak seperti antibiotic.Dan ada sesetengah madu juga mempunyai satu kompoun yang bernama methylglyoxal dimana ia dijumpai dalam nektar yang dhasilkan oleh sesetengah bunga. Madu yang paling tinggi dengan kompoun methylglyoxal ini adalah madu manuka yang terhasil drpd bunga manuka itu sendiri. Madu manuka sangat bagus sehingga mana madu jenis ini digunakan untuk merawat pesakit di dalam hospital.
Madu Manuka merupakan salah satu jenis madu yang digunakan dalam
perubatan moden. Ia terbukti mampu membunuh bakteria jenis MRSA yang
merupakan bakteria yang kuat
Madu ini tidak mampu membunuh bakteria tersebut disebabkan pada keadaan yang tidak sesuai untuk hidup, bakteria ini akan menghasilkan spora. Spora bakteria Clostrodium jarang dirosakkan pada keadaan yang ekstrim seperti di dalam madu dan apabila spora ini pergi ke tempat yg sesuai iaitu tempat yg mempunyai air dan nutrien yg mencukupi, spora ini akan berkembang dan menjadi bakteria dewasa yang boleh menghasilkan toxin.
Lebih kurang 10% drpd madu mempunyai spora botulinum. Jika orang dewasa mengambilnya tidak akan menjadi masalah kerana imun sistem kita akan sempat membunuh bakteria tersebut sebelum sempat ia menghasilkan toxin. Tetapi berlainan pula bagi kanak-kanak. Ini disebabkan sistem imun nya yg masih belum matang menyebabkan mereka mudah untuk terkena jangkitan bakteria ini. Sebab itulah, kita menasihati ibubapa untuk tidak memberikan madu kepada anak-anak mereka yang kurang daripada setahun.
Keadaan bayi yang mengalami Botulism
Sumber :
1) Copy and paste dari Root of Science