Gambar-Gambar Lebah Madu

Wednesday, February 13, 2013

Kelulut : Sang kecil Pencari Madu

Sang Kelulut: Madu yang dihasilkan mempunyai pelbagai khasiat
Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah:-

MADU 

Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
  • Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
  • “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”
  • Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.
    Sarang Lebah Kelulut yang kaya dengan Propolis
  • Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.
  • “Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar
  • Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.
  •  “Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011.
  • Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.
  • Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300  boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
  • Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

BEE BREAD 

Bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.
  • Ia merupakan makanan simpanan kelulut selain daripada madu. Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.
  • Khasiat daripada bee bread ini amatlah banyak berbanding pollen kerana ianya mempunyai banyak asid amino essential. Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan bee bread ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata, serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.

Kantung-kantung yang mengandungi Madu dan Bee Bread
PROPOLIS 
  1. Propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.  
  • Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
  • Propolis berfungsi sebagai antibakteria 1.5 – 2 kali ganda lebih berbanding propolis lebah apis. Dalam propolis mempunyai berberapa bahan aktif seperti flavonoid, fenolik hidroquinon, tannin, triterpenoid dan gula produksi – Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dengan konsentrasi 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria iaitu Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa - Ir. H. AE Zainal Hasan MSi, Jabatan Biokimia, Falkutas Matematika dan Ilmu Pengetahuan IPB, Bogor.
  • Propolis lebah kelulut dibuat ubat kumur dan diberikan kepada 92 pesakit yang menderita radang gusi, hasilnya 87% pesakit sembuh – Dr Sherley Horax, Fakultas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar.
  • “Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.” – Keratan Akhbar Utusan Malaysia, Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

Wednesday, January 30, 2013

Jualan Kambing Farel

Salam...

Kepada sesiapa yang ingin dapatkan kambing farel dari Australia untuk akikah,korban atau kenduri-kendara, boleh dapatkan kambing dari saya..kandang kambing saya terletak di bangi lama.

Kepada yang berada di bangi,kajang,dengkil,semenyih,putrajaya,cyberjaya or mana-mana sahaja bolehlh menempah kambing dari saya. Harga yang di tawarkan adalah harga terbaik untuk kambing yang mempunyai mutu yang terbaik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kambing ini bolehlh mengunjungi blog saya di :-

http://kambingfarel.blogspot.com/

Terima Kasih atas kunjungan anda di blog-blog saya.


Wadi

Tuesday, January 8, 2013

Adakah Madu Anda Asli..???

Setiap pembeli/pengguna madu pastinya akan bertanya kepada penjual adakah madu yang dijual itu asli,. Tahukah anda bagaimana ciri-ciri madu asli itu dapat dikenal pasti...Secara saintifik madu asli dapat dikenal pasti melalui penggunaan alat khas.. Namun, sebagaiman penguna anda tidak mungkin memebeli peralatan khas hanya semata untuk menguji madu asli atau tidak...Disini saya ingin kongsikan cara terbaik untuk mengenalpasti madu samada asli ataupun tidak.

  1. Ambil satu gelas jernih. Isikannya dengan air sejuk.
  2. Kemudian tuangkan madu untuk lihat ketulenannya.

Manakah yang tulen dan tidak? Boleh bezakan?

A -

B -

C -

D -
Credit to izhamwong.blogspot.com

A)         Madu asli dituangkan tidak terus larut malah mendap elok pergi ke dasar gelas.

B & C) Madu yang dicampur dengan manisan. Apabila ada campuran 70% sucrose, tuangan cecair menyebabkan larutan tidak turun dengan elok. Keselerakan berlaku serta-merta. Sirap madu turun ke dasar secara berselerak.

D) 70% sirap gula (sucrose). Kadar selerakan adalah lebih banyak berbanding B & C



Mengenai petua-petua orang tua-tua pula seperti:

1. Semut takkan makan atau hurung madu 
  •  Tidak Benar
  • Semut akan menghurungi semua jenis benda yang manis.
2. Madu berbuih adalah madu tiruan
  • Tidak Benar. 
  • Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak.

3. Gunakan batang mancis
  • Tidak Benar
  • Madu ada mempunyai sedikit kandungan lilin. Maka kemungkinan untuk batang mancis terbakar atau tak terbakar adalah tidak pasti.
4. Masukkan madu dalam peti ais atau tempat sejuk
  • Tidak Benar
  • Madu akan rosak. Akan berlaku pengkristalan dalam madu apabila suhu tempat adalah di bawah 21°C. Ini juga tanda-tanda madu tersebut telah berkurangan kualitinya. Jadi jangan letak madu dalam peti ais.

5. Campurkan madu dengan telur putih.
  • Mungkin betul.
  • Telur putih (yolk) mempunyai albumin. Albumin pula mengandungi air. Madu bersifat higroskopik (hygroscopic) iaitu menyerap air. Jadi apabila albumin bercampur dengan madu, airnya diserap oleh madu.